WEBVTT

00:14.201 --> 00:16.454
STESEN IKEBUKURO

00:16.537 --> 00:17.955
<i>Saya nak jumpa seseorang.</i>

00:25.880 --> 00:29.425
<i>Saya Taiki Inomata, pelajar tahun satu
Sekolah Menengah Persendirian Eimei.</i>

00:31.427 --> 00:35.097
<i>Saya jatuh cinta dengan Chinatsu Senpai
yang setahun lebih tua daripada saya.</i>

00:36.348 --> 00:38.726
Dia tinggal di sini mulai musim bunga ini.

00:39.727 --> 00:41.020
Harap tak mengganggu.

00:42.104 --> 00:45.149
Saya dah beritahu Taiki saya sukakan dia.

00:45.858 --> 00:49.028
Saya tak boleh bersama awak, Hina.

00:49.612 --> 00:52.156
Sut balapan!
Saya nak pergi beli sut balapan!

00:52.239 --> 00:53.783
<i>Ini janji temu!</i>

00:54.366 --> 00:57.995
<i>Ini juga peluang
untuk saya luahkan cinta saya.</i>

00:58.078 --> 01:01.373
<i>Di depan petak bunga.</i>

01:24.480 --> 01:28.651
BLUE BOX MUSIM 2

02:51.066 --> 02:52.484
STESEN SHINJUKU

02:52.568 --> 02:55.571
EPISOD 26
DÉJÀ VU

03:07.416 --> 03:09.251
SPORTS DEPO
KEDAI ANDALAN

03:11.879 --> 03:16.508
Ada jual di bahagian badminton
atau bahagian pakaian?

03:20.220 --> 03:22.264
Taiki, jom naik ke tingkat dua.

03:22.348 --> 03:23.515
Okey.

03:28.604 --> 03:33.317
<i>Ini kali pertama
saya yang ajak dia keluar.</i>

03:33.400 --> 03:36.779
<i>Ini janji temu sebenar kami yang pertama.</i>

03:37.404 --> 03:39.865
Hari cuti akan datang,
apa kata kita ke mana-mana?

03:39.949 --> 03:43.786
Ada sebuah kafe yang saya nak pergi.
Boleh kita ke situ?

03:43.869 --> 03:45.788
<i>Kafe, ya.</i>

03:47.373 --> 03:49.291
<i>Ada banyak jenis sukan.</i>

03:50.876 --> 03:54.046
<i>Ada banyak jenis pakaian sukan!</i>

04:04.348 --> 04:07.393
<i>Alamak, saya berangan lebih-lebih pula.</i>

04:07.476 --> 04:08.560
Taiki.

04:09.061 --> 04:11.313
SOTONG

04:11.397 --> 04:12.982
Yang ini cantik tak?

04:15.442 --> 04:16.986
Awak serius suka yang itu?

04:17.069 --> 04:18.320
Mestilah serius.

04:18.404 --> 04:21.115
- Kalau awak, awak nak pakai?
- Tak nak.

04:21.198 --> 04:23.367
Mentang-mentanglah untuk saya!

04:24.702 --> 04:25.953
Tak rugi saya cuba.

04:27.329 --> 04:29.373
TANGKAPAN BESAR

04:31.333 --> 04:33.627
<i>Saya suka suasana selesa begini!</i>

04:34.545 --> 04:35.379
Tengok!

04:35.462 --> 04:36.422
PASTI MENANG

04:37.715 --> 04:38.590
Tengok!

04:38.674 --> 04:39.508
SALAM HORMAT!

04:41.719 --> 04:44.638
MEREGANG

04:44.722 --> 04:46.974
Macam mana dengan yang ini?

04:49.101 --> 04:50.394
Saya rasa yang ini okey.

04:52.229 --> 04:53.856
Nampak hebat.

04:56.066 --> 04:59.403
Kalau awak rasa ketat,
ada saiz yang lebih besar.

05:03.073 --> 05:04.575
Yang ini pun boleh.

05:04.658 --> 05:07.328
Sut balapan ini nampak hebat, bukan?

05:08.245 --> 05:10.581
Saya rasa saya pun nak beli kemeja-T.

05:11.123 --> 05:12.791
Saya nak pergi cuba.

05:12.875 --> 05:13.709
Okey.

05:13.792 --> 05:16.211
BILIK PERSALINAN

05:18.797 --> 05:22.718
<i>Tak apakah saya tunggu di sini
semasa dia tukar baju?</i>

05:22.801 --> 05:26.305
<i>Tapi kalau dah pakai,
mungkin dia nak tunjuk kepada saya.</i>

05:26.847 --> 05:29.350
<i>Tunggu dekat-dekat sajalah, mana tahu.</i>

05:35.230 --> 05:37.024
<i>Saiznya sempurna.</i>

05:38.233 --> 05:39.860
<i>Saya nak tanya pendapat Taiki.</i>

05:40.861 --> 05:41.862
Eh?

05:41.945 --> 05:44.114
Hei, Inomata!

05:44.698 --> 05:45.991
Yokomura…

05:46.075 --> 05:47.409
Kebetulan, ya.

05:47.493 --> 05:49.119
Nak beli peralatan bola tampar?

05:51.455 --> 05:53.373
Kasut perempuan?

05:54.792 --> 05:56.418
Oh, faham.

05:56.502 --> 05:59.213
Tak sangka betul. Syabas, kawanku.

05:59.296 --> 06:00.214
Semoga berjaya.

06:00.297 --> 06:01.131
Bukan begitu…

06:01.799 --> 06:04.176
Saya takkan beritahu sesiapa,
buatlah hal awak.

06:04.259 --> 06:05.177
Terima kasih.

06:05.260 --> 06:08.138
Saya cuma nak pastikan sesuatu.

06:08.764 --> 06:09.890
Awak dengan Chono?

06:11.850 --> 06:12.893
Apa?

06:13.477 --> 06:15.646
Lupakan saja. Maaf saya menyibuk.

06:15.729 --> 06:16.605
Jumpa lagi.

06:17.981 --> 06:20.400
<i>Jadi itu yang orang fikirkan?</i>

06:21.568 --> 06:23.153
<i>Yalah, kami memang rapat.</i>

06:38.252 --> 06:39.336
<i>Dia tak pakai.</i>

06:40.087 --> 06:41.130
Macam mana?

06:41.213 --> 06:43.966
Rasanya besar sikit.

06:44.466 --> 06:46.051
Yakah?

06:46.135 --> 06:48.804
Saya rasa lain kali sajalah
saya datang semula.

06:48.887 --> 06:51.140
Okey, saya pergi bayar dulu.

06:51.974 --> 06:53.892
Saya tak sabar nak ke kafe itu.

06:54.810 --> 06:55.644
Ya.

07:18.584 --> 07:19.960
Dekat-dekat sini, bukan?

07:20.043 --> 07:23.797
Ya. Saya pernah datang dengan Nagisa.

07:23.881 --> 07:25.799
<i>Oh, dia pernah datang.</i>

07:26.467 --> 07:30.554
Bagi saya, pai epal mereka
paling sedap yang saya pernah makan.

07:31.305 --> 07:33.307
Saya nak awak rasa.

07:35.392 --> 07:38.353
Saya pun ada makanan
yang saya nak awak rasa.

07:38.437 --> 07:39.813
Lain kali kita pergi, ya.

07:41.315 --> 07:42.316
Okey.

07:50.866 --> 07:52.326
Selamat datang.

07:53.827 --> 07:54.703
Meja untuk dua…

07:57.039 --> 07:58.081
Awak seorang saja?

07:58.165 --> 08:00.292
Awak boleh duduk dengan kami.

08:00.375 --> 08:01.919
Matsuoka?

08:04.046 --> 08:05.589
Natsu!

08:08.884 --> 08:11.428
Tak sangka jumpa di sini, jodoh kita kuat.

08:11.512 --> 08:12.721
Tak guna.

08:12.804 --> 08:16.725
Natsu, duduk di sini.
Meja lain pun dah penuh.

08:17.309 --> 08:18.310
<i>Apa?</i>

08:20.479 --> 08:21.313
Awak peminat itu?

08:21.396 --> 08:24.983
Nama saya Inomata.
Dari tadi awak nampak saya!

08:26.360 --> 08:29.988
Eh, kenapa awak berdua datang sama-sama?

08:33.742 --> 08:35.244
Mana boleh, Natsu.

08:35.327 --> 08:39.331
Awak tak boleh heret peminat awak
semata-mata sebab segan ke kafe sendirian.

08:39.414 --> 08:41.375
Saya boleh ke kafe seorang diri.

08:41.458 --> 08:43.418
Apa-apa pun, duduklah.

08:48.298 --> 08:49.883
<i>Pada mulanya,</i>

08:50.926 --> 08:53.554
<i>saya fikir dia orang yang sangat teruk.</i>

08:53.637 --> 08:54.888
Saya nak ke bilik air.

08:54.972 --> 08:58.392
<i>Tapi mungkin dia cuma orang
yang tak faham keadaan sekeliling.</i>

09:04.815 --> 09:07.693
Hei, peminat, inilah peluang awak.

09:08.193 --> 09:09.027
Apa?

09:10.112 --> 09:11.655
Pulanglah.

09:11.738 --> 09:15.659
<i>Pulanglah.</i>

09:15.742 --> 09:17.661
<i>Tidak!</i>

09:17.744 --> 09:22.165
<i>Dia memang sangat teruk!</i>

09:25.085 --> 09:27.170
Maaf, awak tak faham bahasa Inggeris?

09:27.754 --> 09:30.924
Saya minta elok-elok
supaya awak pulang ke rumah.

09:31.008 --> 09:33.093
<i>Elok-elok? Itu bukan minta, itu arahan!</i>

09:34.636 --> 09:36.847
Saya yang patut cakap begitu.

09:36.930 --> 09:41.101
Saya nak habiskan masa berdua saja
dengan Chinatsu Senpai.

09:41.184 --> 09:43.312
- Awak yang mengganggu…
- Saya dah balik.

09:45.314 --> 09:47.024
Selamat kembali, Natsu.

09:47.107 --> 09:51.612
<i>Chinatsu Senpai, tolonglah sedar!
Di sebalik senyuman dia ada kejahatan!</i>

09:51.695 --> 09:54.031
Muka awak nampak mencurigakan lagi.

09:54.114 --> 09:55.365
Tak baik cakap begitu.

09:55.449 --> 09:57.367
<i>Dia dah tahu?</i>

09:57.451 --> 09:58.785
Natsu, nak pesan apa?

09:58.869 --> 10:00.162
Pai epal dan teh.

10:00.245 --> 10:02.664
Yalah, awak memang suka teh.

10:02.748 --> 10:04.666
Awak selalu minum dalam kelas.

10:04.750 --> 10:06.918
Kalau itu, saya pun tahu!

10:07.002 --> 10:08.211
Maaf!

10:08.295 --> 10:09.546
Awak nak pesan apa?

10:09.630 --> 10:10.672
Saya nak…

10:11.340 --> 10:12.591
Protein?

10:12.674 --> 10:14.176
<i>Dia perli saya!</i>

10:15.260 --> 10:18.305
Sama, pai epal dan teh
yang Chinatsu Senpai cadangkan…

10:18.388 --> 10:22.517
Saya teringat pula waktu kita
di sekolah menengah rendah.

10:22.601 --> 10:23.977
<i>Biarlah saya cakap!</i>

10:24.061 --> 10:27.230
Pasukan bola keranjang
pergi ke kafe selepas latihan.

10:27.314 --> 10:28.857
Dah sedia nak pesan?

10:28.940 --> 10:32.361
Saya nak yang ini dan ini. Nak dua.

10:32.444 --> 10:34.029
Baiklah.

10:34.112 --> 10:35.822
Teringat dulu-dulu!

10:35.906 --> 10:38.200
Kita kata nak ke tempat yang mewah.

10:38.283 --> 10:39.368
Yalah.

10:40.160 --> 10:43.372
Taiki, awak tahu tak
kafe yang ada di Nichome?

10:43.955 --> 10:44.790
Oh, yang itu…

10:44.873 --> 10:48.126
Harganya mahal
untuk budak macam kita waktu itu.

10:48.710 --> 10:51.755
Nagisa nak nampak dewasa,
dia pesan espreso.

10:52.798 --> 10:54.508
Bukanlah, itu Yumeka.

10:58.720 --> 10:59.721
<i>Kenapa lain macam?</i>

10:59.805 --> 11:03.767
Oh, yakah? Kemudian waktu kita balik,
ada benda terjadi pula…

11:03.850 --> 11:05.268
<i>Siapa Yumeka?</i>

11:08.355 --> 11:10.399
Ini pesanan kalian.

11:25.122 --> 11:28.291
<i>Gabungan sempurna kulit pai yang rangup
dan epal yang manis!</i>

11:32.879 --> 11:34.214
Jadi…

11:36.716 --> 11:38.427
Sedapnya.

11:56.736 --> 11:58.071
Okey, sekarang…

11:59.489 --> 12:00.574
Kita nak ke mana?

12:02.284 --> 12:06.788
- Hei!
- Perut dah kenyang, nak main boling?

12:08.915 --> 12:11.793
Saya tertinggal barang di kafe.
Tunggu sekejap, ya.

12:15.297 --> 12:17.799
<i>Dapat berduaan dengan dia,
jadi begini pula.</i>

12:30.228 --> 12:31.062
Maaf.

12:31.146 --> 12:33.106
<i>Dia memang sengaja.</i>

12:33.190 --> 12:34.566
Hei.

12:35.817 --> 12:38.320
Awak ada masa untuk bercinta?

12:45.035 --> 12:49.414
Baru tempoh hari
awak kalah dengan Haryu, bukan?

12:49.498 --> 12:50.832
Bukan dia seorang saja.

12:51.416 --> 12:53.084
Berbanding ahli pasukan awak,

12:53.168 --> 12:56.421
nampaknya awak taklah lebih bagus
daripada mereka.

12:57.422 --> 13:00.509
Saya pula sangat handal
main bola keranjang,

13:00.592 --> 13:03.053
saya tak ada masalah nak bahagikan masa.

13:05.388 --> 13:06.806
Saya pun boleh.

13:09.809 --> 13:11.061
Betulkah?

13:16.441 --> 13:17.817
Maaf buat awak menunggu!

13:18.318 --> 13:19.569
Taklah, tak lama pun.

13:23.156 --> 13:25.867
<i>Dia betul-betul serang kelemahan saya.</i>

13:25.951 --> 13:27.702
<i>Peluh sejuk saya keluar.</i>

13:28.286 --> 13:31.831
<i>Tapi saya dah buat keputusan
saya takkan buang masa</i>

13:32.457 --> 13:34.167
<i>fikir benda yang belum terjadi.</i>

13:34.668 --> 13:36.586
Sebenarnya, Matsuoka…

13:36.670 --> 13:38.088
Sekejap, saya terima mesej.

13:39.881 --> 13:41.633
Sedang eloklah!

13:41.716 --> 13:46.221
Ada senior dari Universiti Yusei
sedang main bola keranjang.

13:46.304 --> 13:47.597
Natsu, jom kita pergi!

13:48.181 --> 13:49.182
Apa?

13:52.310 --> 13:55.063
Pasukan bola keranjang
Universiti Yusei kuat,

13:55.146 --> 13:56.856
banyak awak boleh belajar.

13:57.482 --> 13:58.858
Tapi…

14:00.652 --> 14:03.530
Mereka kata saya boleh bawa sesiapa saja.

14:04.948 --> 14:06.491
Baik awak pergi!

14:09.327 --> 14:13.039
Macam-macam awak boleh belajar
daripada pasukan universiti!

14:13.999 --> 14:16.001
Jangan risau soal saya!

14:16.585 --> 14:19.754
Lagipun, saya nak balik dan berlatih juga!

14:23.341 --> 14:24.718
Betul cakap dia.

14:24.801 --> 14:26.261
Mari kita pergi!

14:27.554 --> 14:29.973
- Jom.
- Tapi…

14:30.056 --> 14:31.683
Ikut sini.

14:33.184 --> 14:34.477
Jumpa lagi!

14:35.604 --> 14:37.480
Saya buat bukan sebab awak!

14:57.375 --> 15:00.211
<i>Banyak tempat lain
saya nak pergi dengan dia,</i>

15:03.798 --> 15:06.635
<i>tapi saya nak sokong dia
dalam bola keranjang juga.</i>

15:09.137 --> 15:11.514
<i>Saya tahu kalau bertekak
dengan si Matsu itu…</i>

15:16.603 --> 15:19.230
<i>takkan membantu Chinatsu Senpai.</i>

15:45.882 --> 15:48.093
Ingatkan awak naik kereta api yang tadi.

15:48.593 --> 15:50.095
Saya singgah ke tandas.

15:51.972 --> 15:54.599
Awak tak pergi latihan bola keranjang?

15:57.811 --> 16:01.356
Selepas berfikir-fikir,
saya sedar saya tak bawa baju.

16:08.571 --> 16:10.407
Kalau begitu, jom balik sama-sama!

16:14.494 --> 16:15.745
<i>Saya sangat gembira.</i>

16:16.413 --> 16:18.248
<i>Saya gembira dia patah balik.</i>

16:18.832 --> 16:20.667
<i>Gembira kami balik bersama.</i>

16:21.835 --> 16:26.214
<i>Namun segembira mana pun saya,
masih banyak lagi yang saya perlu buat.</i>

16:26.840 --> 16:28.842
Nagisa Senpai.

16:29.426 --> 16:31.803
Saya jumpa gambar ini masa mengemas.

16:31.886 --> 16:33.888
Siapa yang pakai nombor empat itu?

16:33.972 --> 16:35.557
Oh, dia?

16:36.474 --> 16:37.892
Yumeka Kido.

16:41.771 --> 16:44.607
Pai epal itu sedap, bukan?

16:44.691 --> 16:46.317
Paling sedap saya pernah makan!

16:47.444 --> 16:48.778
Baguslah awak suka.

16:48.862 --> 16:50.822
Cepatnya masa berlalu dalam sehari.

16:51.573 --> 16:53.408
Yalah, memang cepat.

16:53.908 --> 16:56.327
STESEN SETERUSNYA - OMOTESANDO

16:57.954 --> 16:59.330
Chinatsu Senpai.

16:59.414 --> 17:02.584
Apa kata jangan balik dulu,
kita keluar lama sikit?

17:09.674 --> 17:13.720
<i>Ada satu tempat yang cantik
untuk waktu begini.</i>

17:27.442 --> 17:29.152
Cantiknya.

17:29.652 --> 17:31.613
Kita datang tepat pada waktunya.

17:32.864 --> 17:36.117
Ya, rasa macam masa berjalan perlahan.

17:38.119 --> 17:39.871
<i>Masa, berhenti sekarang!</i>

17:42.707 --> 17:44.542
Betul-betul cantik.

17:44.626 --> 17:46.211
Ya, cantik.

17:52.675 --> 17:54.135
Tapi tak sangka, ya.

17:54.219 --> 17:55.136
Apa?

17:55.220 --> 17:58.515
Tak sangka awak tahu tempat begini, Taiki.

17:59.724 --> 18:00.975
Tak, saya…

18:01.059 --> 18:03.061
PELAJAR, TEMU JANJI, PEMANDANGAN MALAM,

18:03.144 --> 18:03.978
BERSIAR-SIAR

18:04.062 --> 18:06.064
<i>Sejak hari kita janji lagi saya dah cari!</i>

18:06.147 --> 18:08.566
- Jangan-jangan…
- Ya?

18:09.526 --> 18:10.860
Awak pernah bawa orang lain?

18:10.944 --> 18:13.238
Mana ada!

18:13.321 --> 18:15.824
Tidak, ini kali pertama saya ke sini,

18:15.907 --> 18:18.743
saya pun risau
kita akan sampai ke sini atau tak!

18:26.167 --> 18:28.503
Saya pun kali pertama datang ke sini.

18:29.921 --> 18:34.843
Selama ini, saya fikir melepak
dan jalan-jalan sama macam mengelat.

18:36.928 --> 18:38.263
<i>Yumeka? Siapa dia?</i>

18:38.346 --> 18:41.766
Kalau masuk Eimei
semasa menengah atas, mungkin tak tahu.

18:43.601 --> 18:47.272
Apa? Takkan itu pun awak tak boleh buat?

18:47.355 --> 18:49.774
Awak tak tahu
tentang latihan Sparta Yumeka

18:49.858 --> 18:51.025
dan sindiran pedasnya!

18:52.610 --> 18:54.529
Tapi dia pemain genius.

18:55.446 --> 18:57.574
<i>Dia dan Chinatsu main bersama sejak kecil,</i>

18:57.657 --> 18:59.659
<i>jadi mereka berdua sangat serasi.</i>

18:59.742 --> 19:00.743
ANUGERAH

19:01.369 --> 19:02.620
Begitu rupanya.

19:02.704 --> 19:03.538
Tapi…

19:03.621 --> 19:06.166
Ya, dia berhenti semasa menengah rendah.

19:07.250 --> 19:08.918
<i>Tanpa cakap apa-apa.</i>

19:09.961 --> 19:12.422
Dia berhenti sekolah dan bola keranjang.

19:23.183 --> 19:24.726
Awak sejuk?

19:24.809 --> 19:26.436
Tak, saya okey.

19:28.897 --> 19:30.356
Pakai ini dulu.

19:30.940 --> 19:34.068
Sut balapan yang saya beli
tentu boleh halang angin.

19:34.777 --> 19:37.238
Rasanya saya ada pek pemanas tangan juga.

19:37.322 --> 19:39.073
Mak saya suruh saya bawa.

19:39.157 --> 19:42.660
Kalau tak silap,
saya letak dalam poket ini…

19:47.290 --> 19:48.708
Kenapa?

19:51.920 --> 19:54.088
Saya rasa macam déjà vu.

19:57.467 --> 20:00.762
Hei! Kalau awak sudi, pakailah ini!

20:00.845 --> 20:02.347
Baru saja dibasuh!

20:03.973 --> 20:06.684
Dan… saya ada teh panas.

20:06.768 --> 20:09.312
Termos ini kekalkan suhu supaya panas.

20:09.395 --> 20:11.898
Juga ada sarung tangan dan pemanas poket!

20:12.482 --> 20:14.150
Apabila digoncang, ia akan panas…

20:17.487 --> 20:19.822
Apabila ingat balik, tentu menyeramkan.

20:19.906 --> 20:23.952
Tiba-tiba ada junior yang awak tak kenal
paksa awak ambil skarf dia.

20:24.035 --> 20:25.495
Sejujurnya, saya terkejut.

20:25.578 --> 20:26.412
Apa?

20:29.916 --> 20:32.168
Tapi saya tak fikir awak menyeramkan.

20:33.211 --> 20:37.215
Walaupun kita tak pernah berbual,
saya nampak awak setiap pagi.

20:42.470 --> 20:44.931
Saya tahu tentu awak

20:45.014 --> 20:49.435
orang yang sangat jujur dan rajin,
yang memiliki integriti.

20:58.486 --> 21:01.197
Awak nak beri saya apa lagi?

21:10.373 --> 21:11.499
Saya berguraulah.

21:17.880 --> 21:19.716
Saya tak ada apa-apa nak beri,

21:19.799 --> 21:21.092
tapi…

21:22.927 --> 21:25.221
saya nak beritahu awak sesuatu.

21:27.932 --> 21:29.309
Natsu?

21:38.067 --> 21:39.485
Yumeka.

21:40.570 --> 21:42.363
<i>Itu nama yang dia sebut tadi.</i>

21:43.489 --> 21:44.991
Apa?

21:45.074 --> 21:47.994
Tak sangka. Biar betul?

21:48.661 --> 21:50.997
Awak pun dah ada teman lelaki?

21:51.080 --> 21:53.750
Tak, saya bukan teman lelaki dia.

21:55.168 --> 21:56.252
Oh, yakah?

21:57.837 --> 22:00.757
Natsu yang tak fikir hal lain
selain bola keranjang,

22:00.840 --> 22:04.052
sekarang dah pandai bercinta, ya?

22:08.556 --> 22:09.974
Jadi maknanya…

22:12.143 --> 22:14.979
pasti awak dah berhenti
main bola keranjang.

23:48.948 --> 23:53.953
Terjemahan sari kata oleh Norhazniza Ramli
