WEBVTT

00:44.666 --> 00:47.250
NETFLIX &amp; SKYDANCE MEMPERSEMBAHKAN

01:00.000 --> 01:02.208
PENGEMBARAAN MASA WUJUD.

01:02.291 --> 01:06.208
ANDA CUMA BELUM TAHU.

01:20.625 --> 01:22.041
Teruknya.

01:34.333 --> 01:35.708
Kapten buat apa?

01:35.791 --> 01:38.541
Jelas sekali, saya curi jet ini.

01:38.625 --> 01:42.458
Jelas sekali, awak cuba buat begitu.
Saya boleh jejaki awak, tahu?

01:42.541 --> 01:45.875
Saya tahu. Jadi, ada sesuatu
yang salah seorang daripada kita tak tahu.

01:46.833 --> 01:49.541
Puan, dia mulakan
prosedur lubang cecacing.

01:49.625 --> 01:52.166
Adam, dengar cakap saya baik-baik.

01:53.041 --> 01:56.000
Batalkan prosedur sekarang,
jika tidak, siaplah…

01:56.083 --> 01:59.041
Maaf kerana potong ugutan awak
yang menggerunkan,

01:59.125 --> 02:01.625
tapi sistem penjejakan awak akan…

02:01.708 --> 02:02.916
ISYARAT DISEKAT

02:03.000 --> 02:03.958
…rosak.

02:15.958 --> 02:17.041
DENYUT SEDIA

02:31.958 --> 02:33.125
Tolonglah tak mati!

02:45.541 --> 02:46.541
Adam!

02:47.208 --> 02:48.625
Saya akan bunuh awak!

02:48.708 --> 02:49.708
Reed!

02:54.958 --> 02:57.833
Maafkan saya.

02:57.916 --> 02:59.375
Itu salah saya. Hai.

02:59.458 --> 03:01.000
- Tidak.
- Okey. Jalan dulu!

03:01.083 --> 03:03.666
Reed! Mari sini.

03:06.416 --> 03:09.041
- Apa lagi awak nak kata?
- Sebenarnya, saya…

03:09.791 --> 03:11.375
Apa? Lawak awak dah habis?

03:11.458 --> 03:13.250
Ini pasti seronok.

03:13.333 --> 03:17.416
Peliknya cara awak cakap.
Awak petik daripada buku panduan pembuli?

03:17.500 --> 03:20.791
Awak sedar tak kata-kata awak?
Chuck, kita dah bincang.

03:20.875 --> 03:23.125
- Saya tak kata apa-apa.
- Diam, Chuck.

03:24.541 --> 03:26.208
Macam itulah.

03:37.875 --> 03:41.875
Perhimpunan akan diadakan
di gimnasium. Sila pergi…

03:45.375 --> 03:46.375
Diam.

03:49.375 --> 03:50.875
- Pn. Reed.
- Awak nampak mukanya?

03:50.958 --> 03:53.625
Awak nak gantung Adam? Untuk apa?

03:53.708 --> 03:56.083
Awak ingat dia yang cari gaduh
dengan si Ray itu?

03:56.166 --> 03:57.666
Ini mesti Ray Dollarhyde.

03:57.750 --> 04:00.083
Ayahnya baru sangat meninggal dunia.

04:00.166 --> 04:01.625
Simpatilah sikit.

04:01.708 --> 04:02.958
Saya tak bersalah.

04:03.041 --> 04:06.750
Mak kenal kamu. Kamu celopar.
Mak tahu punca kamu ditumbuk.

04:06.833 --> 04:10.208
Dia kenakan saya depan seluruh kelas.
Itu dah melampau.

04:10.291 --> 04:13.208
- Dia besar daripada kamu.
- Semua orang pun sama.

04:13.291 --> 04:14.666
Bayi pun sama.

04:14.750 --> 04:17.125
- Mak tak faham perangai kamu.
- Ayah tentu faham.

04:22.625 --> 04:25.291
Apa masalahnya, sayang?
Boleh beritahu mak?

04:25.375 --> 04:27.750
Kalau mak selalu kena tinggalkan kerja,

04:27.833 --> 04:29.041
mak mungkin dipecat.

04:29.125 --> 04:31.083
Ini kali ketiga kamu digantung.

04:31.166 --> 04:33.000
Ingatkan saya dah pandai urus sendiri.

04:33.083 --> 04:37.000
Ini masuk rekod kamu.
Faham? Kamu tak fikirkah masa depan?

04:37.500 --> 04:38.875
Kamu tak fikirkah?

04:38.958 --> 04:43.541
Sayang, fikirlah.
Sedar-sedar saja, masa depan dah tiba.

04:51.250 --> 04:52.375
Hei, Adam.

04:53.625 --> 04:55.541
Hei, mak nak keluar.

04:55.625 --> 04:57.208
Mari makan malam.

05:05.083 --> 05:06.041
Mak nak ke mana?

05:06.541 --> 05:08.708
Mak nak makan malam dengan kawan.

05:08.791 --> 05:09.750
Kawan mana satu?

05:10.291 --> 05:13.208
- Derek. Kami satu pejabat.
- Mak nak dating.

05:14.125 --> 05:16.375
Taklah. Mak tak rasa begitu.

05:16.458 --> 05:18.166
Itu gaun untuk keluar dating.

05:18.250 --> 05:21.500
Betullah. Mak akan keluar dating.
Kenapa mak nak dating?

05:21.583 --> 05:23.666
Boleh jangan sebut "dating" lagi?
Terima kasih.

05:23.750 --> 05:26.708
Adam, mak minta maaf.
Kita patut bincang dulu.

05:26.791 --> 05:29.583
Mak tak tahu tindakan yang sesuai.
Jom kita bincang.

05:29.666 --> 05:32.125
- Tak naklah.
- Kamu berhak rasa apa saja.

05:32.208 --> 05:34.291
Asalkan kita sependapat.

05:34.375 --> 05:35.750
Okey! Masa untuk pergi.

05:35.833 --> 05:36.958
Dia hantar mesej?

05:38.500 --> 05:39.541
Tengoklah.

05:40.166 --> 05:43.375
Ini dunia baru.
Tapi kita akan bincang malam ini.

05:43.458 --> 05:44.541
Mak, tunggu.

05:46.375 --> 05:47.291
Apa?

05:47.375 --> 05:48.333
Pusing.

05:51.500 --> 05:54.833
- Buatlah pilihan yang betul.
- Padahal kamu yang digantung sekolah.

05:55.458 --> 05:56.708
Mak sayang kamu.

05:57.375 --> 05:59.583
Saya sayang mak.
Lebih daripada yang saya sedari.

06:00.291 --> 06:03.500
Dengar sini, semasa mak keluar,
kunci pintu belakang.

06:03.583 --> 06:06.791
Jangan guna ketuhar, buka pintu
atau main mainan video.

06:38.916 --> 06:39.750
Hawking?

06:48.583 --> 06:50.375
Ada apa? Awak nampak sesuatu?

06:52.541 --> 06:54.166
Hawking, berhenti! Hawking!

07:11.708 --> 07:12.958
Hawking!

07:46.083 --> 07:48.500
Aduhai. Awak buat saya terkejut.

07:49.625 --> 07:50.458
Siapa di situ?

07:53.875 --> 07:55.958
Kita tak patut berada di sini.

08:13.416 --> 08:14.416
Kita selamat.

08:20.000 --> 08:21.083
Hawking!

08:46.791 --> 08:47.875
Bertenang.

08:49.041 --> 08:51.750
Jatuh dan jerit pun boleh juga.

08:52.666 --> 08:55.083
- Letak kayu pukul itu dulu.
- Siapa awak?

08:55.166 --> 08:56.458
Saya takkan sakiti awak.

08:56.541 --> 08:59.208
- Apa awak buat di sini?
- Berdarah.

09:02.750 --> 09:03.750
Berapa umur awak?

09:05.000 --> 09:08.041
- Apa?
- Berapa umur awak?

09:08.125 --> 09:08.958
Dua belas.

09:09.041 --> 09:10.000
Dua belas tahun.

09:11.041 --> 09:12.375
Alamak!

09:13.625 --> 09:16.583
- Bagaimana awak masuk ke garaj ayah saya?
- Ia terbuka.

09:16.666 --> 09:20.083
Tak, ia berkunci dan itu sut penerbangan.
Awak juruterbang?

09:20.583 --> 09:23.250
Ya. Dengar sini.

09:23.333 --> 09:26.541
Jangan telefon sesiapa.
Saya takkan sakiti awak.

09:26.625 --> 09:27.833
Awak dah kata tadi.

09:27.916 --> 09:30.125
Tak salah… Aduh!

09:31.500 --> 09:34.416
- Tak salah kalau saya ulang.
- Banyaknya darah.

09:34.500 --> 09:38.000
Ada banyak lagi dalam badan saya.
Mana mak awak?

09:38.083 --> 09:39.208
Dia keluar dating.

09:39.875 --> 09:40.708
Dengan siapa?

09:41.333 --> 09:44.166
- Apa?
- Dengan siapa? Siapa namanya?

09:44.250 --> 09:46.125
- Entah. Derek?
- Derek?

09:47.166 --> 09:51.791
Derek. Ya, lelaki dengan jambul mulut itu.

09:51.875 --> 09:53.041
- Janggut sejemput?
- Ya.

09:53.125 --> 09:54.291
Katalah janggut sejemput.

09:54.375 --> 09:55.416
Dia tak penting.

09:55.500 --> 09:56.958
Mereka semua pun sama.

10:05.125 --> 10:06.375
Baiknya anjing awak.

10:10.750 --> 10:12.458
Saya nak masuk ke dalam rumah

10:12.541 --> 10:14.125
dan ambil beberapa barang.

10:14.791 --> 10:16.458
Hati-hati dengan kayu itu.

10:17.416 --> 10:18.416
Tunggu di sini.

10:39.708 --> 10:40.875
Tolonglah.

10:43.791 --> 10:45.250
Saya suruh awak tunggu di garaj.

10:45.333 --> 10:48.541
Awak nak saya biar lelaki pelik
masuk rumah saya bersendirian?

10:49.333 --> 10:50.541
Jangan harap.

10:50.625 --> 10:54.208
Percayalah. Kalau boleh,
saya pun tak nak datang ke sini.

10:55.416 --> 10:57.208
Saya perlu hentikan pendarahan

10:58.125 --> 11:01.083
dan balut luka ini
supaya tak kena jangkitan kuman,

11:01.166 --> 11:03.208
kemudian, saya akan pergi.

11:03.291 --> 11:05.041
Jangan sentuh benda ini.

11:05.125 --> 11:07.333
- Saya tengok saja.
- Jangan sentuh barang saya.

11:07.416 --> 11:09.250
- Ini pedang cahaya?
- Tidak.

11:09.333 --> 11:10.166
Okey.

11:10.250 --> 11:12.375
Sudah-sudahlah dengan kayu ini.

11:12.458 --> 11:14.375
Kalau niat saya jahat, saya dah lama buat

11:14.458 --> 11:18.000
kerana terus terang,
muka awak seperti merayu minta ditumbuk.

11:19.875 --> 11:21.125
- Ya Tu…
- Aduh! Itu…

11:21.750 --> 11:25.375
- Peluru dah tembus. Baguslah.
- Apa? Peluru? Awak ditembak?

11:25.458 --> 11:27.500
Ya, sebenarnya tidak.

11:27.583 --> 11:31.333
Saya ditikam dengan peluru.
Awak ingat apa, bodoh?

11:31.416 --> 11:34.541
- Bodoh? Awak yang kena tembak.
- Okey, sudahlah.

11:35.125 --> 11:36.625
Itu…

11:37.166 --> 11:39.416
Peliknya. Ia berbunyi jika saya batuk.

11:39.958 --> 11:41.125
- Jijiknya.
- Betul.

11:41.208 --> 11:45.041
Saya nak ambil barang di atas.
Relaks. Awak boleh percayakan saya.

11:45.125 --> 11:46.458
Awak cakap senanglah.

11:46.541 --> 11:50.666
Saya yang kena beritahu kaunselor
tentang lelaki jahat yang cabul saya.

11:50.750 --> 11:55.000
Ya Tuhan! Boleh awak kata begitu?
Seawal ini? Awak menyeramkan.

11:55.083 --> 11:56.708
Awak siapa sebenarnya?

11:56.791 --> 12:01.041
- Itu maklumat sulit.
- Kenapa awak di sini?

12:01.125 --> 12:04.041
- Itu juga maklumat sulit.
- Awak tentera udara?

12:04.666 --> 12:08.083
Apabila saya kata "maklumat sulit",
awak ingat apa? Coklat?

12:09.250 --> 12:11.708
- Pedang cahaya itu apa pula?
- Ia bukan pedang cahaya.

12:11.791 --> 12:14.333
Aduhai, Adam. Cubalah bertenang.

12:14.416 --> 12:17.208
Saya tahu awak sukar bertenang
sejak dulu lagi…

12:17.291 --> 12:19.041
Kejap! Macam mana awak tahu nama saya?

12:23.750 --> 12:25.000
Awak Adam Reed.

12:25.083 --> 12:29.125
Lahir pada 10 Februari 2010,
anak Ellie dan Louis Reed.

12:29.208 --> 12:31.208
Louis meninggal setahun yang lalu.

12:31.291 --> 12:33.875
Awak tak bersukan kerana menghidap asma.

12:33.958 --> 12:35.958
Awak kecil bagi budak 12 tahun.

12:36.041 --> 12:37.833
Awak pelajar Sekolah Menengah Franklin,

12:37.916 --> 12:40.541
digantung dua atau tiga kali
kerana bergaduh

12:40.625 --> 12:43.958
yang sebenarnya pelik
kerana awak tak reti pun bertumbuk.

12:44.041 --> 12:45.958
- Hawking! Diam!
- Hawking! Diam!

12:51.291 --> 12:54.958
- Kenapa awak tahu nama anjing saya?
- Saya yang namakannya.

12:56.875 --> 12:58.208
Awak nak ke mana?

12:59.416 --> 13:00.458
Ya Tuhan.

13:04.375 --> 13:05.416
Baiklah.

13:06.208 --> 13:08.833
Nah, sedia? Tarik nafas panjang.

13:08.916 --> 13:09.750
Tahan.

13:10.500 --> 13:13.291
Tiga, dua, satu.

13:14.583 --> 13:15.833
Syabas.

13:17.041 --> 13:18.625
Semasa saya tujuh tahun,

13:20.041 --> 13:22.166
saya terlanggar meja di patio.

13:23.416 --> 13:24.750
Saya dapat 12 jahitan.

13:26.291 --> 13:27.500
- Di sini.
- Di sini.

13:30.458 --> 13:32.708
Awak tahu cara
untuk memasuki garaj ayah saya.

13:32.791 --> 13:35.291
Awak tahu cara tutup peti sejuk.

13:36.375 --> 13:38.208
Awak tahu cara kira nafas saya.

13:39.000 --> 13:40.708
Parut kita sama,

13:43.166 --> 13:46.041
dan awak pakai jam ayah saya.

13:52.458 --> 13:53.375
Jam ini.

13:54.708 --> 13:55.666
Jam ini.

14:00.208 --> 14:01.458
Awak sebenarnya saya.

14:02.625 --> 14:03.583
Biar be…

14:03.666 --> 14:05.541
Itu maklumat sulit, tapi betul…

14:07.666 --> 14:08.583
Dulu saya awak.

14:15.708 --> 14:17.958
Tak sangka awak versi masa depan saya.

14:18.041 --> 14:22.125
Mudahnya awak terima kenyataan
hingga ia agak membimbangkan.

14:22.208 --> 14:24.458
- Kenapa awak datang?
- Untuk menyelamat.

14:24.541 --> 14:27.458
Saya tak sepatutnya tiba di sini,
tapi 2018.

14:27.541 --> 14:31.125
- Saya perlu ke sana segera.
- Awak nak selamatkan siapa?

14:31.208 --> 14:32.208
Awak betul nak tahu?

14:32.291 --> 14:34.708
Setidak-tidaknya,
ceritalah cara awak datang ke sini.

14:34.791 --> 14:35.833
Biar saya tunjuk.

14:40.125 --> 14:41.125
Apa benda itu?

14:42.250 --> 14:44.458
- Tak guna.
- Kenapa?

14:44.541 --> 14:47.875
Kita akan tukar rancangan
dan untuk itu, awak diperlukan.

14:47.958 --> 14:50.250
Jet masa, seperti peranti moden lain

14:50.333 --> 14:52.333
dikodkan dengan DNA penggunanya.

14:52.416 --> 14:55.833
Oleh sebab saya cedera,
jet saya tak benarkan saya terbang,

14:55.916 --> 14:58.458
jadi saya tak dapat akses
untuk membaikinya,

14:58.541 --> 14:59.875
tapi ada orang yang dapat.

15:11.250 --> 15:13.583
Itu pun dia.

15:30.458 --> 15:32.708
Jom kita naik.

15:50.875 --> 15:53.208
Okey. Duduk.

15:53.291 --> 15:55.083
- Hebatnya.
- Ya, duduk.

15:56.083 --> 15:58.250
Mari kita periksa masalahnya.

15:58.333 --> 15:59.750
Perisai rosak sikit.

16:00.583 --> 16:01.666
Pendingin bocor.

16:02.583 --> 16:05.750
Lampu merah ini berkelip,
biasanya ia petanda buruk.

16:06.958 --> 16:09.333
Awak tentu nak sentuh semua butang

16:09.416 --> 16:13.666
dengan jari comel awak,
tapi reaktor mereka ada penanda kuantum.

16:13.750 --> 16:17.666
Kalau awak tekan, mereka boleh cari kita,
kalau mereka ada di sini.

16:17.750 --> 16:18.666
Siapa "mereka"?

16:18.750 --> 16:21.958
Mujur awak tak tanya
kerana "mereka" maklumat sulit.

16:22.041 --> 16:25.375
- Saya tahu awak dari masa depan.
- Saya menyesal datang.

16:25.458 --> 16:28.875
Saya tak sengaja kembali
untuk alami semua ini semula.

16:29.625 --> 16:31.875
Aduhai. Okey.

16:32.583 --> 16:34.958
Saya dah asingkan geganti yang rosak,

16:35.458 --> 16:39.125
jadi kapal ini boleh mula
membaiki dirinya sendiri.

16:39.208 --> 16:40.625
Berapa lama masanya?

16:40.708 --> 16:42.000
Kuasanya 50 peratus,

16:42.083 --> 16:44.708
harap-harap tak selama masa
untuk saya pulih.

16:44.791 --> 16:45.708
Tunggu.

16:46.750 --> 16:49.458
- Awak ingat ini?
- Ingat apa?

16:49.541 --> 16:51.250
Ini. Tempat ini, sekarang.

16:51.333 --> 16:54.125
- Awak pada 2022?
- Saya tahu maksud awak.

16:54.208 --> 16:56.500
- Jika saya jadi awak…
- Lupakan saja.

16:56.583 --> 16:58.250
…ia dah berlaku kepada awak.

16:58.333 --> 17:01.833
Melainkan ia macam pelbagai alam.
Setiap riak hasilkan garis masa berbeza.

17:01.916 --> 17:03.125
Ia bukan macam itu!

17:03.208 --> 17:05.500
Aduh, kita tonton banyak sangat filem.

17:05.583 --> 17:06.833
Saya cuma nak tahu.

17:09.833 --> 17:10.791
Okey.

17:12.125 --> 17:16.083
Okey, secara amnya,
apabila saya kembali ke masa asal saya,

17:16.708 --> 17:20.291
ingatan kita akan dibentuk semula
dan diselaraskan.

17:21.291 --> 17:23.708
- Kecuali apabila saya di sini.
- Masa asal itu apa?

17:23.791 --> 17:27.333
Pada tahap kuantum,
awak hanya berada pada satu titik masa

17:27.416 --> 17:30.208
dan pada masa itu,
awak tak cuba usik hukum alam

17:30.291 --> 17:32.500
dan itulah masa asal awak.

17:33.166 --> 17:34.500
Itulah tempat awak.

17:35.416 --> 17:37.833
Jadi, dengan berada di sini
dan mendedahkan semua ini,

17:37.916 --> 17:40.416
awak mungkin dah mengubah masa depan saya?

17:41.083 --> 17:43.625
Terus terang, masa depan awak tetap gelap.

17:44.208 --> 17:46.083
Saya bergurau saja.

17:46.166 --> 17:47.250
Saya tak bergurau.

17:48.333 --> 17:50.125
Saya bergurau. Jom, ayuh.

17:50.208 --> 17:51.083
Mari.

17:51.708 --> 17:53.208
Jadi, sekarang bagaimana?

17:53.291 --> 17:56.541
Tiada apa-apa. Saya nak baring
dan biar luka ini sembuh.

17:56.625 --> 17:59.833
Fikirkan peluang pelaburan
untuk masa depan awak.

17:59.916 --> 18:02.958
- Macam Biff dalam Back to the…
- Awak dah gila?

18:03.041 --> 18:06.708
Masuk dalam rumah sebelum mak balik
dan berlagak macam biasa.

18:07.333 --> 18:09.375
- Hei.
- Ya?

18:10.250 --> 18:11.333
Ini menakjubkan.

18:11.416 --> 18:12.833
Menakjubkan, bukan?

18:15.083 --> 18:17.541
Boleh awak tutup lampu sebelum keluar?

18:47.791 --> 18:51.250
Hei. Mak tak sangka kamu masih berjaga.

18:51.333 --> 18:55.333
- Malam ini penuh kejutan.
- Menggerunkan. Apa yang berlaku?

18:55.416 --> 18:59.166
Jadi, bagaimana tadi?
Mak nak dating dengan dia lagi?

18:59.250 --> 19:01.583
Tidak. Entahlah. Mungkin tidak.

19:06.041 --> 19:07.208
- Hai.
- Hai.

19:07.291 --> 19:08.875
- Saya lagi.
- Ya.

19:08.958 --> 19:12.333
- Skarf awak tertinggal dalam kereta saya.
- Terima kasih.

19:12.416 --> 19:13.750
Hei, adik.

19:14.583 --> 19:17.083
Ini anak saya, Adam. Adam, ini Derek.

19:17.166 --> 19:18.208
Hei, Adam.

19:18.291 --> 19:21.583
Helo. Cantiknya jambul mulut awak.
Awak tentu bangga.

19:21.666 --> 19:22.833
Aduhai, Adam.

19:22.916 --> 19:24.916
Ini kali pertama
saya dengar perkataan itu.

19:25.000 --> 19:26.250
Terima kasih sekali lagi.

19:26.333 --> 19:27.333
Okey. Jumpa lagi.

19:27.416 --> 19:29.625
Mungkin tidak,
tapi saya akan syorkan kepada mak.

19:29.708 --> 19:31.375
Okey. Sudahlah.

19:31.458 --> 19:32.791
Kita jumpa di pejabat.

19:32.875 --> 19:34.416
- Ya.
- Selamat tinggal.

19:37.416 --> 19:38.458
Dia nampak baik.

19:39.333 --> 19:40.458
Apa?

19:41.833 --> 19:43.875
Kadangkala, kamu teruk sangat.

19:44.500 --> 19:45.458
Kamu sedar tak?

20:25.750 --> 20:27.458
Hei. Selamat pagi.

20:28.083 --> 20:29.583
Mak tak pergi kerja?

20:29.666 --> 20:32.416
Mak perlu bayar insurans rumah hari ini.

20:32.500 --> 20:35.666
Mak dah catat dalam kalendar,
tapi penyatanya hilang.

20:35.750 --> 20:37.375
Dengan cara mak simpan dokumen?

20:38.125 --> 20:40.416
Mengejutkan. Simpanlah dalam talian.

20:41.625 --> 20:45.208
Kalau mak sempat,
nanti mak bukalah akaunnya.

20:45.291 --> 20:47.916
Sementara itu,
mak guna saja cara ayah ini.

20:48.625 --> 20:50.041
Hei, ambil satu longgok.

20:50.125 --> 20:53.083
Maaf. Saya nak bermuhasabah di bilik saya.

20:55.083 --> 20:56.166
Okey.

20:56.250 --> 20:57.458
Mak nak pergi kerja.

20:58.250 --> 20:59.625
Telefon mak jika perlu.

20:59.708 --> 21:00.625
Tak perlu.

21:23.000 --> 21:24.208
Mak dah pergi kerja.

21:26.291 --> 21:28.125
Itu lagu kegemaran ayah.

21:28.208 --> 21:29.458
Kegemaran saya juga.

21:30.458 --> 21:33.833
Tengok, kami ada persamaan.
Tapi mungkin itu saja.

21:42.208 --> 21:43.125
Apa?

21:43.708 --> 21:44.875
Saya… Awak…

21:45.791 --> 21:47.083
Tegapnya badan awak.

21:47.875 --> 21:50.333
- Okey.
- Awak angkat berat? Sebab saya…

21:50.416 --> 21:52.708
Awak pernah cuba pendam pendapat awak?

21:52.791 --> 21:54.708
Cubalah. Ia mungkin seronok.

21:54.791 --> 21:58.583
Pada masa depan ada terapi gen
atau teknologi nano untuk…

21:58.666 --> 22:01.000
Jangan sentuh.

22:02.375 --> 22:07.125
Bilakah ini berlaku dan orang masa depan
memang jarang buat senaman kaki, ya?

22:08.208 --> 22:09.541
Ia berlaku di kolej?

22:10.958 --> 22:12.875
Kita pikat ramai gadis di kolej?

22:12.958 --> 22:15.500
Adam, pengembaraan masa wujud.

22:16.458 --> 22:18.166
Ia wujud. Pelik, bukan?

22:18.250 --> 22:22.666
Semua fahaman awak tentang alam ini
telah dibakulsampahkan,

22:22.750 --> 22:25.541
tapi awak cuma nak tahu
sama ada awak berjaya pikat gadis?

22:25.625 --> 22:27.291
- Saya berjaya tak?
- Aduhai.

22:27.791 --> 22:30.208
- Saya nak tahu saja.
- Fikirlah sendiri.

22:31.208 --> 22:33.250
Seronoknya! Saya pasti berjaya!

22:34.958 --> 22:36.708
- Awak nak ke mana?
- Farmasi.

22:36.791 --> 22:38.666
Saya kena rawat luka ini.

22:39.208 --> 22:40.916
Dengan berpakaian begitu?

22:44.291 --> 22:46.166
Pakailah baju ayah.

22:50.375 --> 22:52.291
Bilakah nahas ayah?

22:54.000 --> 22:55.458
Satu setengah tahun yang lalu.

22:56.708 --> 22:58.916
Dia masih belum kemas almari ini.

22:59.500 --> 23:01.125
Dia tak pandai mengemas.

23:01.208 --> 23:05.666
Hei. Dia jaga awak,
tapi tiada sesiapa yang jaga dia, faham?

23:07.083 --> 23:08.333
Awak faham tak?

23:08.416 --> 23:10.333
Setiap pagi,
dia bangun dalam keadaan sedih

23:10.416 --> 23:11.833
dengan almari berisi baju ayah

23:11.916 --> 23:16.208
dan terpaksa layan sikap biadab awak
dan awak langsung tiada rasa empati.

23:16.291 --> 23:18.583
- Saya awak.
- Awak tak perlu beritahu.

23:18.666 --> 23:20.000
Selepas 30 tahun pun,

23:20.083 --> 23:23.541
awak masih kesal mengenangkan
cara awak layan dia sekarang.

23:29.458 --> 23:31.208
Saya suka jaket ini dulu.

23:31.708 --> 23:33.000
Ayah pun.

23:33.083 --> 23:35.875
Saya harap rindu itu akan berkurangan,

23:35.958 --> 23:37.833
tapi ia masih belum berlaku.

23:38.416 --> 23:39.791
Awak masih merinduinya?

23:41.583 --> 23:43.375
Ya, semasa dia masih hidup.

23:43.958 --> 23:45.000
Ia tak muat.

23:46.166 --> 23:47.375
Mesti muat.

23:50.666 --> 23:51.583
Bagaimana jet itu?

23:52.250 --> 23:53.458
Sikit lagi, siaplah.

23:54.166 --> 23:57.125
Orang yang awak nak selamatkan
ada pada tahun 2018.

23:57.208 --> 24:01.416
Tapi awak tiba di 2022.
Kenapa? Bagaimana awak boleh terbabas?

24:01.500 --> 24:04.166
Saya ditembak semasa saya curi kapal itu.

24:04.250 --> 24:07.416
Jadi, saya berdarah, kapal itu mula rosak.

24:07.500 --> 24:10.458
Saya terus set koordinat
tanpa periksa betul-betul.

24:10.541 --> 24:12.666
- Awak curi jet itu?
- Ia dikodkan pada saya.

24:12.750 --> 24:15.791
Jadi, saya taklah curi,
cuma pinjam secara haram.

24:15.875 --> 24:17.708
Ia tak sama. Bagi saya duit.

24:17.791 --> 24:20.208
- Awak tak ada duit?
- Kami tak guna duit.

24:20.291 --> 24:21.416
Yakah?

24:21.500 --> 24:23.833
Mestilah kami guna. Tunggu di sini.

24:40.833 --> 24:42.041
Apa khabar, Reed?

24:43.125 --> 24:44.416
Tak guna.

24:45.041 --> 24:48.458
Tak sangka, tengoklah budak ini.

24:48.541 --> 24:52.416
Ray, boleh tak
awak jangan pukul saya hari ini?

24:52.500 --> 24:54.833
Saya berserabut sikit.

24:55.416 --> 24:59.208
- Hei. Kamu seronok digantung sekolah?
- Sekarang, seronoklah.

25:00.041 --> 25:01.500
Itu limpa saya.

25:02.250 --> 25:05.666
- Saya ingat sampah masyarakat ini.
- Kami bergurau saja.

25:05.750 --> 25:07.916
Diam, Ray. Awak tak penting.

25:09.000 --> 25:09.833
Chuck.

25:10.791 --> 25:12.458
Hei, apa masalah awak?

25:13.666 --> 25:16.333
Fokus. Ray dah sedia.
Awak memalukan diri sendiri.

25:16.416 --> 25:18.166
Awak tak nak leraikan pergaduhan kami?

25:18.250 --> 25:20.458
Tidak. Saya bertanggungjawab.

25:20.541 --> 25:23.708
Lagipun, awak tentu cari cara lain
untuk belasah dia.

25:23.791 --> 25:24.708
Macam biasa.

25:24.791 --> 25:26.708
Dia celopar. Saya faham.

25:26.791 --> 25:29.291
Pokoknya, kamu perlu bergaduh sekarang.

25:29.375 --> 25:31.166
Tunggu sebentar, okey?

25:31.250 --> 25:33.291
Panaskan badan.
Awak tentu tak nak kekejangan.

25:33.375 --> 25:34.458
Apa awak buat?

25:34.541 --> 25:37.791
Ray Dollarhyde buli awak
kerana awak kecil,

25:37.875 --> 25:42.166
lemah dan cakap lepas,
tapi sebenarnya, dia tak nak bergaduh.

25:42.250 --> 25:44.833
- Saya pun tak nak.
- Tapi dia tak tahu!

25:44.916 --> 25:48.250
Sekarang, pergi ke sana, angkat tangan,

25:48.333 --> 25:51.458
pandang tepat mata Ray,

25:53.083 --> 25:56.916
dan senyum seolah-olah berkata,
"Inilah detik yang saya nantikan."

25:57.000 --> 26:01.583
Seolah-olah awak tak sabar melihat
rohnya melayang meninggalkan jasadnya.

26:01.666 --> 26:05.750
Kemudian, melutut dan tumbuk
bahagian sulitnya sekuat hati.

26:05.833 --> 26:07.083
Bahagian apa?

26:07.166 --> 26:11.000
Awak nak bakar pisang
atau borak saja sepanjang hari? Cepatlah!

26:14.333 --> 26:18.291
- Saya akan bakar pisang awak…
- Tidak!

26:18.375 --> 26:20.458
Bukan itu yang kita bincangkan.

26:26.583 --> 26:29.416
- Ya! Syabas.
- Awak menangis, Reed?

26:29.500 --> 26:31.666
Chuck, tengoklah, dia dah menangis.

26:31.750 --> 26:33.666
Dia macam sengaja nak kalah.

26:34.208 --> 26:35.750
Larilah, Reed!

26:36.958 --> 26:38.791
- Apa hal?
- Saya tak patut buat begini.

26:38.875 --> 26:41.875
Pernah dengar orang kata,
"Pembuli pernah dibuli?"

26:41.958 --> 26:44.708
Pembuli awak malas,
jadi saya akan ambil alih.

26:44.791 --> 26:46.333
Apa maksud awak?

26:46.416 --> 26:49.208
Awak pandai bergaduh,
suka belasah orang dan besar.

26:49.291 --> 26:53.208
Tapi kalau awak sentuh Adam lagi,
saya tahu dan akan cari awak.

26:53.291 --> 26:56.541
Saya bukan tepuk-tepuk saja.

26:56.625 --> 26:59.833
Tapi saya akan cabut
semua tulang awak dan tajamkannya.

26:59.916 --> 27:02.833
- Lalu tikam Chuckie dengannya.
- Apa salah saya?

27:02.916 --> 27:05.958
Tutup mulut.
Kalau tak, saya sumbat dengan kaki Ray.

27:06.708 --> 27:10.458
Awak faham cakap saya?
Tulang, kaki awak dalam mulut Chuckie?

27:10.541 --> 27:12.875
Bagus. Awak dah terkencing?

27:13.833 --> 27:17.250
Deras pancutannya.
Sekarang, balik dan cuci badan awak.

27:17.333 --> 27:19.541
Berubahlah, okey?

27:25.333 --> 27:27.375
Meluatnya saya dengan budak-budak itu.

27:50.125 --> 27:50.958
Tolonglah.

27:52.000 --> 27:53.000
Hei, Adam.

27:55.125 --> 27:57.541
Jangan kacau barang saya dan buka pintu.

27:58.166 --> 28:00.125
Simpan balik dron itu. Ia berbahaya.

28:00.208 --> 28:03.583
Ini baru pergaduhan pertama.
Saya ingat awak dah terbiasa kalah.

28:03.666 --> 28:06.083
Awak boleh tolong, tapi awak tengok saja.

28:06.791 --> 28:08.375
Aduh, sensitifnya.

28:08.458 --> 28:10.416
Awak perlu kalah pergaduhan tadi.

28:11.416 --> 28:12.875
Betul. Percayalah.

28:13.958 --> 28:17.625
Awak takkan jadi macam saya
kalau tak dibelasah

28:17.708 --> 28:19.500
sepanjang masa.

28:23.958 --> 28:25.958
Maaflah kalau saya keterlaluan.

28:27.208 --> 28:28.458
Saya silap.

28:30.166 --> 28:31.000
Ini siapa?

28:31.083 --> 28:32.250
Siapa?

28:35.291 --> 28:36.250
Simpan balik.

28:37.125 --> 28:38.250
Pergi simpan balik.

28:38.333 --> 28:40.333
Baiklah, tapi beritahu saya dulu.

28:42.625 --> 28:44.916
Dia isteri saya, Laura.

28:45.541 --> 28:46.791
Kita ada isteri?

28:48.625 --> 28:50.916
Tidak, sekarang dah tak ada.

29:13.708 --> 29:14.791
- Hei.
- Hai.

29:16.375 --> 29:18.208
- Hai. Apa khabar?
- Hei, Paul.

29:19.416 --> 29:21.666
- Lama tak nampak.
- Ya, apa khabar?

29:21.750 --> 29:23.291
Bayi awak dah tidur lena?

29:23.375 --> 29:24.875
Tak juga.

29:24.958 --> 29:27.541
Yalah, tapi awak pasti rindukan fasa ini.

29:27.625 --> 29:29.208
Susah saya nak percaya.

29:29.291 --> 29:32.541
Percayalah. Bayi penuhi hati
dengan kasih sayang.

29:32.625 --> 29:36.291
Kemudian, mereka jadi remaja
dan mula menghapus kegembiraan.

29:36.375 --> 29:37.583
Terima kasih.

29:37.666 --> 29:39.916
Tak sabarnya saya tunggu.

29:40.791 --> 29:42.958
Maaf, hari ini agak teruk.

29:43.833 --> 29:45.833
Tahun. Beberapa tahun sebenarnya.

29:46.833 --> 29:48.375
Anak awak masih buat hal?

29:49.833 --> 29:51.291
Dia benci saya.

29:53.333 --> 29:56.958
Dia bukan sengaja.
Dia masih cuba menerima hakikat sebenar.

29:57.041 --> 30:00.291
Tak apa. Kami tak apa-apa. Semuanya baik.

30:02.416 --> 30:05.708
- Kalaulah saya tahu silap saya.
- Awak tak buat silap.

30:07.208 --> 30:10.125
- Maaf.
- Maaf, terkejutnya saya.

30:10.208 --> 30:12.208
- Saya pasang telinga. Maaf.
- Ya.

30:13.208 --> 30:15.541
Betul. Remaja lelaki memang teruk.

30:15.625 --> 30:18.458
Mereka perasan pandai dan panas baran.

30:19.708 --> 30:21.958
Ibulah yang selalu jadi mangsa mereka.

30:22.625 --> 30:23.458
Ya.

30:24.541 --> 30:26.208
Tapi percayalah.

30:28.000 --> 30:30.250
Mereka selalu cari ibu mereka semula.

30:34.500 --> 30:35.666
Baguslah.

30:36.250 --> 30:38.750
Awak macam bercakap
berdasarkan pengalaman.

30:39.500 --> 30:40.416
Memang pun.

30:41.250 --> 30:42.458
Ibu awak baik?

30:42.541 --> 30:43.375
Ya.

30:44.166 --> 30:45.708
Dia ibu terbaik.

30:48.458 --> 30:49.416
Baguslah.

30:51.125 --> 30:52.458
Saya harap awak betul.

30:53.333 --> 30:56.583
Tapi saya masih mencari
sekolah berasrama di Iraq, jadi…

30:56.666 --> 30:57.541
Bagus.

30:59.208 --> 31:02.291
Saya cakap saja. Dia baik sebenarnya.

31:02.375 --> 31:04.083
Saya sayang sangat anak saya.

31:04.791 --> 31:07.958
Ayahnya meninggal dalam nahas kereta
kira-kira dua tahun lepas.

31:08.041 --> 31:10.625
Ya. Sedihnya.

31:10.708 --> 31:12.541
Awak takkan dapat bayangkan.

31:13.583 --> 31:14.958
Saya boleh bayangkan.

31:15.041 --> 31:16.416
Maaf.

31:16.500 --> 31:17.416
Maaf.

31:18.625 --> 31:19.458
Serentak pula.

31:20.416 --> 31:22.208
- Terima kasih.
- Terima kasih.

31:28.708 --> 31:30.291
Awak tak bersedih juga?

31:35.000 --> 31:36.166
- Ya.
- Ya.

31:36.250 --> 31:38.416
Ya. Mestilah saya rasa sedih.

31:40.208 --> 31:41.458
Beritahulah dia.

31:42.083 --> 31:43.291
Awak patut beritahu.

31:45.583 --> 31:47.000
Dia tak perlu tahu.

31:47.083 --> 31:48.750
Awak cuba kuatkan semangat untuknya,

31:49.333 --> 31:53.791
tapi apabila awak buat begini,
dia percaya awak kuat semangat.

32:00.916 --> 32:03.166
Dia perlu tahu hakikat sebenar.

32:04.791 --> 32:06.500
Tak salah jika awak bersedih.

32:15.708 --> 32:18.250
Suami saya ada jaket macam itu.

32:18.875 --> 32:20.500
Jaket ini popular.

32:24.333 --> 32:25.208
Ya.

32:25.291 --> 32:27.583
Saya seronok berbual dengan awak.

32:27.666 --> 32:28.625
Jumpa lagi.

32:29.833 --> 32:30.916
Hei.

32:32.125 --> 32:33.375
Dia tak benci awak.

32:34.750 --> 32:35.875
Dia sayang awak

32:37.250 --> 32:38.708
lebih daripada yang dia sedari.

32:50.375 --> 32:51.958
Hei!

33:17.041 --> 33:18.375
Kedudukan dah dikunci.

33:18.875 --> 33:22.875
Mulakan imbasan untuk cari jetnya.
Selepas jumpa, kita terus balik.

33:25.958 --> 33:26.916
Cari dia.

33:36.250 --> 33:39.416
- Jadi awak nak cari isteri awak, Laura?
- Sudahlah.

33:39.500 --> 33:40.958
Dia isteri saya juga.

33:41.041 --> 33:43.708
- Ya, jom borak tentangnya.
- Terima kasih.

33:46.666 --> 33:48.208
Kami jumpa di akademi.

33:48.291 --> 33:53.208
Dia lambat ke kelas yang salah
di bangunan yang salah.

33:55.125 --> 33:57.500
Saya tawarkan diri untuk tunjuk kelasnya

33:58.208 --> 34:00.916
dan jatuh cinta
sebelum sempat keluar bangunan.

34:01.000 --> 34:04.708
Beberapa tahun lepas,
dia tak pulang daripada satu lompatan.

34:06.083 --> 34:10.333
Mereka kata jetnya rosak
semasa masuk semula, tapi dia handal.

34:10.875 --> 34:14.083
Dia mahir dalam prosedur itu.
Ia tak masuk akal.

34:14.166 --> 34:18.291
Jadi, awak cuba pergi ke 2018
kerana dia pergi ke sana dulu?

34:18.375 --> 34:19.625
Ya.

34:19.708 --> 34:22.083
- Apa dia buat di sana?
- Entahlah.

34:22.166 --> 34:25.541
Mereka ubah log lompatan.
Seseorang cuba sembunyi sesuatu.

34:26.083 --> 34:28.666
Mungkin dia nampak benda
yang Sorian cuba rahsiakan.

34:28.750 --> 34:31.375
Apa? "Sorian?"
Maya Sorian, rakan kerja ayah?

34:31.458 --> 34:33.208
Dia baik terhadap saya.

34:33.291 --> 34:36.083
Percayalah. Dia jahat.

34:36.166 --> 34:37.000
Tak payah.

34:37.500 --> 34:40.708
Selepas ayah tiada,
dia kaya daripada hasil teknologi ayah.

34:40.791 --> 34:42.416
Sogok orang-orang tertentu,

34:43.208 --> 34:45.250
dan dapat hak eksklusif

34:45.333 --> 34:47.750
ke atas sumber Bumi paling berharga,

34:48.375 --> 34:49.208
masa.

34:49.791 --> 34:54.416
Nanti dulu. Maksud awak,
ayah pencipta pengembaraan masa?

34:54.500 --> 34:56.916
Ya, secara tak sengaja.

34:58.208 --> 34:59.958
Pemecut zarah magnetik.

35:00.041 --> 35:02.500
- Awak ingat lagi?
- Namanya Projek Adam.

35:02.583 --> 35:05.333
Ya, saya menggelarnya
"anak kesayangan ayah".

35:06.666 --> 35:08.208
Apa terjadi kepada Laura?

35:10.083 --> 35:12.166
Saya rasa Maya dah bunuh dia.

35:12.250 --> 35:14.000
- Apa?
- Ya.

35:14.083 --> 35:16.416
Sebab itulah saya perlu pulang ke 2018.

35:16.500 --> 35:18.625
Jet hampir siap. Saya akan bersembunyi.

35:18.708 --> 35:22.791
Beberapa hari lagi, saya akan sembuh
dan takkan kacau awak lagi.

35:22.875 --> 35:26.291
Tapi dengan mencarinya,
dan bercakap dengan saya,

35:26.375 --> 35:30.083
semua ini hanya
untuk selamatkan satu orang.

35:30.166 --> 35:33.166
Awak ubah masa depan.
Ini dah melanggar hukum alam.

35:33.250 --> 35:35.333
Awak rasa berbeza selepas bertemu

35:37.000 --> 35:38.791
dan selepas kehilangannya.

35:38.875 --> 35:39.791
Kenapa?

35:39.875 --> 35:42.875
Ambil beg itu. Bersedia untuk lari.

35:42.958 --> 35:44.416
Apa yang berlaku?

35:45.500 --> 35:47.875
Kita akan pergi ke arah itu. Bersedia.

36:05.208 --> 36:06.583
Bergerak!

36:26.166 --> 36:28.333
Berlindung di belakang saya.

36:29.083 --> 36:31.625
Jangan teruskan, Reed!

36:31.708 --> 36:33.041
Awak nak lihat benda hebat?

36:35.541 --> 36:37.541
- Itu pedang cahaya.
- Diamlah.

36:42.916 --> 36:45.041
Mari pergi. Ayuh.

36:59.125 --> 37:00.333
Helo, Adam.

37:01.375 --> 37:04.125
Reed, jangan bergerak!

37:04.208 --> 37:08.083
Christos. Semua orang pun boleh masuk
ke aliran masa ini rupanya.

37:08.166 --> 37:09.000
Dia siapa?

37:09.083 --> 37:12.166
Namanya Christos.
Kami belajar di akademi yang sama.

37:12.250 --> 37:14.250
Dia tahu bawa jet, tapi jahat.

37:14.333 --> 37:15.958
Dia ketua sekuriti Sorian.

37:16.041 --> 37:18.416
Aduh, muka awak. Sayakah yang buat?

37:18.500 --> 37:21.041
Harap-harap bos benarkan saya bunuh awak.

37:21.625 --> 37:23.708
Tapi padanlah
kerana awak tembak saya dulu.

37:23.791 --> 37:27.041
Tapi baguslah kerana muka
dan jiwa awak kini sepadan.

37:27.125 --> 37:28.958
- Orang ada kata awak becok?
- Selalu.

37:29.041 --> 37:30.875
- Sekali-sekala.
- Cukup.

37:30.958 --> 37:36.166
Adam, sebelum keadaan jadi makin teruk,
tolonglah pulang.

37:37.458 --> 37:40.000
Tidak! Saya tak mahu.

37:40.083 --> 37:42.916
Jadi, awak sanggup mempertaruhkan
hidup muda awak

37:43.500 --> 37:47.875
hanya kerana awak fikir
saya yang bunuh Laura?

37:47.958 --> 37:49.541
Saya sayang Laura.

37:49.625 --> 37:51.791
Kita bagaikan sekeluarga.

37:51.875 --> 37:55.500
Saya takkan cederakan dia.
Saya kesal dengan semua ini.

37:56.083 --> 37:56.916
Senjata.

37:58.958 --> 38:02.833
Christos, tolong bawa Adam pulang ke 2050.

38:03.541 --> 38:06.041
- Silakan.
- Baiklah, buang Mag-Cyl itu.

38:07.000 --> 38:08.083
- Benda ini?
- Ya.

38:08.166 --> 38:09.958
- Okey.
- Baiklah.

38:11.208 --> 38:12.791
Bawah atau atas dulu?

38:18.000 --> 38:19.583
Cukup! Jangan tumbuk dia!

38:20.833 --> 38:21.791
Mari sini.

38:35.416 --> 38:36.375
Serang!

39:10.708 --> 39:14.333
- Apa yang berlaku?
- Kesan mati di luar masa asal.

39:14.916 --> 39:16.166
Kenapa awak di sini?

39:16.250 --> 39:18.416
Selamatkan awak, sayang. Di belakang awak!

39:26.666 --> 39:27.541
Tak sangka…

39:28.916 --> 39:30.625
Tak sangka awak di sini.

39:42.750 --> 39:43.916
- Hei.
- Hai.

39:48.625 --> 39:49.916
Hebatnya.

39:55.791 --> 39:58.333
- Kita kena pergi sekarang.
- Ya. Jom. Ayuh!

40:04.541 --> 40:05.541
Jalan.

40:21.708 --> 40:24.083
Saya tahu awak akan datang,
tapi tak tahu waktunya.

40:24.166 --> 40:25.000
Mestilah.

40:25.083 --> 40:26.416
Tolong pandang depan.

40:26.500 --> 40:28.541
Mereka kata awak mati semasa masuk semula.

40:28.625 --> 40:31.083
Mengarutlah. Saya pakar prosedur itu.

40:33.541 --> 40:34.666
Saya baru teringat.

40:35.250 --> 40:37.625
Laura, ini saya.

40:38.125 --> 40:38.958
Hai.

40:39.041 --> 40:40.708
Pertemuan diri, ya, sayang?

40:40.791 --> 40:44.041
Awak selalu harap kita jumpa lebih awal.

40:44.125 --> 40:46.041
- Sekarang awak dah jumpa.
- Ya.

40:46.125 --> 40:49.791
Boleh perlahan sikit?
Kita dah tak diekori.

40:49.875 --> 40:51.875
Usah tengok belakang. Tengok atas.

41:06.666 --> 41:09.125
Tinggalkan jalan raya. Kita terdedah.

41:19.166 --> 41:21.375
Okey, sayang, serangan makin rancak.

41:22.375 --> 41:23.916
Pecut!

41:38.291 --> 41:39.125
Berhenti.

41:39.208 --> 41:40.291
- Apa?
- Apa?

41:40.375 --> 41:41.250
Berhenti!

41:48.291 --> 41:50.500
Okey, berundur. Cepat! Berundur!

41:51.166 --> 41:52.375
Berundur!

41:55.416 --> 41:56.375
Cepat!

42:13.708 --> 42:14.708
Mereka dah pergi.

42:15.458 --> 42:18.166
Tidak. Mereka berkumpul semula.

42:18.250 --> 42:21.250
- Kita perlu tinggalkan jalan ini segera.
- Jalan?

42:26.958 --> 42:29.375
Saya tak faham. Bagaimana awak cari kami?

42:29.458 --> 42:32.333
Saya sentiasa melindungi awak
walaupun sekarang.

42:32.416 --> 42:34.791
Tapi kenapa awak lompat dulu?

42:34.875 --> 42:38.333
Saya terjumpa sesuatu yang aneh
dalam log lompatan.

42:38.416 --> 42:40.916
Ada jet masa pulang dari 2018.

42:41.708 --> 42:42.958
Apa yang peliknya?

42:43.041 --> 42:46.000
Masalahnya, tiada sesiapa
pernah lompat ke 2018.

42:46.083 --> 42:48.791
Tapi mustahil jet itu kembali
kalau ia tak pernah pergi.

42:48.875 --> 42:51.958
Melainkan ada orang yang lompat
dan tukar aliran masa

42:52.041 --> 42:55.583
supaya masa depan
ketika jet itu berlepas berubah.

42:57.875 --> 43:01.041
Aduh, saya dah gadaikan otak
demi otot sasa rupanya.

43:02.458 --> 43:03.625
Ruginya saya.

43:03.708 --> 43:04.875
Comelnya dia.

43:04.958 --> 43:09.125
Istimewa hingga rasa nak rendam dia
dalam air sampai buih tiada.

43:09.208 --> 43:11.083
Saya benci diri sendiri.

43:20.541 --> 43:21.958
Bagaimanakah ia berlaku?

43:22.041 --> 43:24.750
Jet yang melompat
ke masa silam itu jet Sorian.

43:24.833 --> 43:27.875
Dia pulang ke November 2018
atas sebab tertentu.

43:27.958 --> 43:29.833
Apa yang berlaku pada masa itu?

43:29.916 --> 43:31.208
Sekejap.

43:33.291 --> 43:34.166
Kejadian ini.

43:34.250 --> 43:39.250
Pemecut zarah magnetik ayah awak,
Projek Adam, baru dilancarkan.

43:39.333 --> 43:42.000
Ia langkah pertama
yang merealisasikan pengembaraan masa.

43:42.083 --> 43:43.916
Tentu Sorian kembali ke 2018

43:44.000 --> 43:46.666
dan beri maklumat masa depan
kepada dirinya.

43:46.750 --> 43:47.666
Untuk apa?

43:48.208 --> 43:51.750
Mungkin untuk bantu dia buat
pelaburan menguntungkan

43:51.833 --> 43:53.583
dan hapuskan pengaruh politik

43:53.666 --> 43:55.958
yang menghalangnya
daripada menguasai program masa.

43:56.041 --> 43:57.041
Dia dah berkuasa.

43:57.875 --> 43:58.875
Dulu bagaimana?

44:01.416 --> 44:02.291
Betul juga.

44:03.500 --> 44:04.625
Dia belum berkuasa.

44:04.708 --> 44:05.625
Betul.

44:05.708 --> 44:08.000
Jadi dunia ini, dunia kita,

44:08.083 --> 44:10.375
semuanya dah diubah oleh Sorian.

44:10.458 --> 44:13.208
Terukkah keadaan masa asal awak pada 2050?

44:13.708 --> 44:15.708
- Awak tahu Terminator?
- Mestilah.

44:15.791 --> 44:17.708
Macam itulah keadaannya kalau semua okey.

44:19.416 --> 44:23.208
Sorian tentu nampak saya
dan pasang bom pada jet saya.

44:23.708 --> 44:24.625
Nah, makan.

44:24.708 --> 44:29.541
Saya berjaya melentingkan diri,
tapi tanpa jet, saya terkandas selamanya.

44:29.625 --> 44:33.125
Jadi, saya terpaksalah ikut protokol.

44:33.208 --> 44:37.833
Tinggal di sini, elak manusia lain,
kurangkan kesan kewujudan saya

44:37.916 --> 44:40.500
sambil berdoa
semoga awak berani cari saya.

44:41.000 --> 44:43.291
Bersendirian. Selama ini.

44:43.375 --> 44:44.958
Empat tahun.

44:45.625 --> 44:49.250
- Tapi itu tugas kita, bukan? Ia…
- Ya, tapi, sayang…

44:50.583 --> 44:52.916
Tak apa. Saya dah biasa berseorangan.

44:54.500 --> 44:55.750
Tidak lagi sekarang.

44:56.708 --> 44:57.541
Hei.

44:59.166 --> 45:00.375
Saya dah jumpa awak.

45:01.666 --> 45:02.875
Saya dah jumpa awak.

45:04.250 --> 45:05.333
Awak dah jumpa saya.

45:11.916 --> 45:14.333
- Saya nak keluar bersiar-siar.
- Okey.

45:15.500 --> 45:16.791
Selamat berseronok.

45:20.666 --> 45:22.125
- Hei.
- Hai.

45:28.333 --> 45:29.833
- Kenapa?
- Saya ditembak.

45:29.916 --> 45:32.250
- Awak ditembak?
- Dengan senjata.

45:32.333 --> 45:33.458
- Reed?
- Ya?

45:33.541 --> 45:34.958
- Tahanlah sikit.
- Baik.

45:35.041 --> 45:36.083
Ya, bos.

45:52.208 --> 45:56.166
- Awak tahu tanggungjawab awak.
- Tidak. Saya kembali demi awak.

45:58.083 --> 45:59.000
Saya tahu.

46:00.416 --> 46:03.208
Tapi kita tak boleh hidup di sini.
Bukan begini.

46:03.291 --> 46:07.833
Awak perlu pulang ke 2018
dan betulkan keadaan.

46:07.916 --> 46:09.916
Awak perlu tamatkan semua ini.

46:10.000 --> 46:11.333
Apa maksud awak?

46:11.416 --> 46:14.166
Maksud saya, halang pengembaraan masa

46:14.250 --> 46:16.541
daripada dicipta
dan selamatkan masa depan.

46:16.625 --> 46:18.833
Okey, awak ikut saya dan kita…

46:18.916 --> 46:22.166
Jet awak dikodkan dengan DNA awak.
Ia hanya untuk awak.

46:22.250 --> 46:24.166
- Awak pandai. Carilah jalannya.
- Adam!

46:24.250 --> 46:28.041
Kita bertemu semasa mengikuti program itu.
Faham tak? Kita tak…

46:29.000 --> 46:30.625
Kalau saya dapat halang,

46:30.708 --> 46:32.083
dan itu memang sukar,

46:32.166 --> 46:33.958
kerana Sorian kejar saya,

46:34.791 --> 46:36.000
kita takkan bertemu.

46:36.916 --> 46:38.333
Kita tak pernah bersama.

46:39.125 --> 46:40.541
Kita tak pernah bersama.

46:41.583 --> 46:42.791
Kita pernah bersama.

46:44.708 --> 46:48.583
Setiap detik kita bersama
sentiasa telah berlaku.

46:48.666 --> 46:51.166
Kalau kita betulkan aliran masa sekalipun,

46:51.708 --> 46:54.875
dalam diri kita
pasti ada gema diri kita sekarang

46:55.875 --> 46:57.541
dan kita pasti akan bertemu.

46:59.375 --> 47:00.708
Saya pasti.

47:01.541 --> 47:02.833
Kalau ia tak berlaku?

47:02.916 --> 47:05.625
Bagaimana jika awak salah
dan itu tak mustahil?

47:07.458 --> 47:08.833
Saya pernahkah salah?

47:13.000 --> 47:16.416
Hei, saya tak sanggup melaluinya
sekali lagi, okey?

47:17.791 --> 47:21.500
Tidak, saya tak sanggup
kehilangan awak lagi. Tolonglah jangan.

47:29.291 --> 47:30.291
Itu apa?

47:31.541 --> 47:32.541
Kita dah ditemui.

47:45.750 --> 47:46.583
Tak guna!

47:48.125 --> 47:50.833
Ada jalan tanah di selekoh sana.
Saya akan lengahkan mereka.

47:50.916 --> 47:53.166
- Pergi naik jet.
- Saya tak nak pergi.

47:53.250 --> 47:54.666
- Awak perlu.
- Apa pula?

47:54.750 --> 47:58.291
- Mereka akan bunuh awak!
- Dah bertahun saya buat persiapan.

47:58.375 --> 47:59.333
Mereka takkan jangka.

47:59.416 --> 48:01.416
- Tapi jika awak ditangkap, habislah.
- Jadi…

48:01.500 --> 48:04.000
Adam! Sudahlah! Tolonglah.

48:04.583 --> 48:06.500
Saya tahu awak datang demi saya.

48:07.125 --> 48:10.541
Sekarang, pergilah demi saya, tolonglah.

48:16.625 --> 48:18.500
Kita boleh betulkan keadaan.

48:18.583 --> 48:20.458
Hei, saya cintakan awak.

48:21.916 --> 48:24.250
Sebab itu awak akan cari saya semula.

48:25.833 --> 48:26.708
Pergi.

48:28.458 --> 48:29.291
Cepat!

48:32.833 --> 48:34.791
Tak guna!

49:14.541 --> 49:15.625
Ayuh!

49:17.666 --> 49:18.541
Ayuh.

49:22.000 --> 49:23.125
Bum.

49:28.958 --> 49:32.625
Jet tak boleh kesan bacaan hayat saya.
Saya perlukan DNA awak.

49:32.708 --> 49:34.916
Apabila kedudukan kita tinggi,
bacaan dihentikan

49:35.000 --> 49:36.333
dan saya boleh ambil alih.

49:36.416 --> 49:39.375
Kita perlu cepat
jika kita mahu melompat ke 2018.

49:39.458 --> 49:42.708
- Saya tak nak ikut awak.
- Awak kena ikut. Cepatlah.

49:42.791 --> 49:44.375
Christos!

49:45.333 --> 49:47.416
Dah lama kita tak jumpa, kawan.

49:47.500 --> 49:48.666
Itu awakkah, Laura?

49:49.833 --> 49:52.875
Awak tak marah saya
kerana letupkan jet awak, bukan?

49:53.375 --> 49:56.833
Terus terang, saya masih rasa agak geram.

50:07.250 --> 50:09.250
Boleh awak dengar dulu cakap saya?

50:09.333 --> 50:11.958
Ini masa asal saya.
Awak dah lalui zaman kanak-kanak saya.

50:12.041 --> 50:13.875
Awak timba pengalaman, terbang pesawat

50:13.958 --> 50:16.916
dan saya masih nerda
yang selalu kena belasah.

50:17.000 --> 50:18.083
Saya nak semuanya.

50:18.166 --> 50:19.291
- Betul?
- Ya.

50:19.375 --> 50:23.208
Ini kisah sepenuhnya.
Kematian ayah awak buat awak jadi pelik.

50:23.291 --> 50:24.958
Awak murung dan panas baran.

50:25.041 --> 50:27.625
Kewujudan awak di sekolah tinggi
langsung tak disedari.

50:27.708 --> 50:29.625
Zaman kolej ialah fasa terbaik awak

50:29.708 --> 50:33.708
sehinggalah biasiswa awak ditarik
akibat satu tindakan bodoh

50:33.791 --> 50:35.958
yang saya pun tak sanggup ceritakan.

50:36.041 --> 50:39.458
Akhirnya, awak jadi tentera udara
dan rupa-rupanya awak cekap bawa pesawat.

50:39.541 --> 50:44.500
Kemudian, pengembaraan masa wujud,
dunia mula musnah dan satu-satunya wanita…

50:44.583 --> 50:48.458
wanita yang awak cintai dirampas
daripada awak. Awak faham tak?

50:50.083 --> 50:51.541
Akhirnya, awak hilang arah.

50:53.750 --> 50:55.958
Dia dirampas begitu saja.

50:58.583 --> 51:00.125
Tentu ada sebab tertentu.

51:00.208 --> 51:03.750
Ya, memang ada.
Sorian pastikan semuanya buruk.

51:05.583 --> 51:07.041
Kita boleh betulkannya.

51:07.125 --> 51:09.041
- Dengan musnahkan pengembaraan masa?
- Ya.

51:09.541 --> 51:11.708
Tapi bagaimana? Apa rancangan awak?

51:12.375 --> 51:15.375
Jangan harap saya nak terangkan
kepada nerda semput…

51:15.458 --> 51:18.208
- Awak tiada rancangan.
- Betul cakap awak.

51:18.291 --> 51:20.416
Tapi ada seseorang yang mungkin ada.

51:23.458 --> 51:24.500
Ayah.

51:25.375 --> 51:26.208
Ayah.

51:27.041 --> 51:28.583
Awak akan cari ayah.

51:29.083 --> 51:30.125
Tidak.

51:30.833 --> 51:32.375
Kita akan cari ayah.

51:33.958 --> 51:36.625
Jadi, awak sanggup buat atau…

51:45.166 --> 51:47.583
Suruh suami awak datang ke sini sekarang.

51:47.666 --> 51:51.541
Dia sibuk, tapi nanti saya beritahu dia
yang awak singgah.

52:12.958 --> 52:14.125
Helo, Laura.

52:14.625 --> 52:17.083
Awak sepatutnya tak munculkan diri.

52:20.250 --> 52:21.958
Sekarang, mana suami awak?

52:23.916 --> 52:24.791
Okey.

52:25.833 --> 52:28.166
Ini dia. Baiklah, hulurkan tangan.

52:29.416 --> 52:30.333
Macam itu, ya.

52:31.541 --> 52:33.458
Bagus, DNA sihat.

52:33.541 --> 52:36.291
Okey, kita tekan butang,

52:36.375 --> 52:37.833
pegang kuat-kuat

52:37.916 --> 52:41.125
cuba bertahan dan jangan pengsan
akibat daya g tinggi.

52:41.208 --> 52:42.166
Apa itu… Alamak!

53:24.000 --> 53:25.500
- Apa yang berlaku?
- Itu.

53:30.291 --> 53:31.416
Apa yang awak buat?

53:45.500 --> 53:47.750
- Siaplah awak.
- Pegang kuat-kuat.

54:05.625 --> 54:07.541
Saya dah suruh pegang kuat-kuat.

54:08.666 --> 54:10.291
Jangan pandang saya begitu.

54:12.333 --> 54:13.750
Awak nak ke mana?

54:15.416 --> 54:16.416
Alamak!

54:18.250 --> 54:20.458
Pegang kuat-kuat.
Saya dah lama nak buat begini.

54:27.541 --> 54:29.458
Awak matikan kuasa pesawat?

54:31.000 --> 54:32.916
- Ya.
- Ya Tuhan.

54:33.000 --> 54:39.958
Ya Tuhan!

54:51.958 --> 54:53.458
Mereka di mana?

54:54.583 --> 54:55.958
Di sekitar kawasan ini.

54:56.041 --> 54:58.750
Adam, baca status pesawat betul-betul.

54:58.833 --> 55:00.625
Reaktor dah rosak.

55:00.708 --> 55:03.875
Awak boleh lompat sekali saja lagi.

55:03.958 --> 55:05.458
Kalau awak tak pulang sekarang,

55:05.541 --> 55:06.791
awak akan kekal di sini.

55:11.500 --> 55:13.333
Jadi, bagaimana? Awak pilihlah.

55:14.875 --> 55:18.083
Kalau kita gagal,
kita berdua takkan boleh balik.

55:26.958 --> 55:28.750
- Teruskannya.
- Ya!

55:35.833 --> 55:36.833
Saya nampak awak.

55:42.666 --> 55:43.625
MULAKAN MERIAM DENYUT

55:57.833 --> 55:59.041
Ayuh!

56:02.291 --> 56:04.125
- Adam!
- Jangan risau.

56:08.583 --> 56:09.750
Ayuh, Reed.

56:11.375 --> 56:14.333
- Adam!
- Jangan risau!

56:14.416 --> 56:15.916
Adam!

56:17.083 --> 56:18.416
Ayuh!

56:18.500 --> 56:20.375
Jangan…

56:20.458 --> 56:21.416
Mati!

56:36.333 --> 56:37.958
Ia memang tak mudah.

56:38.041 --> 56:38.875
Dengar sini.

56:38.958 --> 56:40.916
Daripada merungut tentangnya,

56:41.000 --> 56:44.583
redalah dengan kekurangan kamu,
kemudian, sambunglah kerja.

56:44.666 --> 56:49.083
Kamu takkan jadi pakar
melainkan kamu sanggup jadi bodoh dulu.

56:49.166 --> 56:50.958
- Profesor Reed.
- Sophie.

56:51.041 --> 56:53.375
Kami perlu dua semester
untuk cuba menyelesaikannya.

56:53.458 --> 56:55.125
Itu pun mungkin tak cukup.

56:55.208 --> 56:58.208
Tapi kami akan gagal juga kelas ini
kerana ia sukar.

56:58.291 --> 57:03.000
Sophie, awak boleh buat.
Itulah keindahan fizik.

57:03.083 --> 57:05.041
Inilah keindahan kehidupan.

57:18.458 --> 57:19.666
Itu benar-benar dia.

57:21.166 --> 57:22.000
Ya.

57:23.416 --> 57:24.375
Dia sangat…

57:24.458 --> 57:25.625
Ya.

57:26.583 --> 57:28.791
Bernyawa. Mari sini sekejap. Hei.

57:30.333 --> 57:31.833
Biar saya yang cakap.

57:31.916 --> 57:33.916
Beritahu dia semuanya. Dia tak perlu mati.

57:34.000 --> 57:35.208
Jangan beritahu dia.

57:35.291 --> 57:39.291
Hanya maklumat yang perlu saja.
Yang lain, tak boleh.

57:41.541 --> 57:44.208
Janji yang awak takkan beritahu.
Cakap cepat.

57:45.500 --> 57:47.166
- Cakaplah.
- Saya takkan beritahu.

57:51.500 --> 57:53.541
Fizik memang renyah.

57:53.625 --> 57:57.625
Kita memang sepatutnya cari masalah
untuk anak-anak kita selesaikan.

57:57.708 --> 58:00.416
Kamu mungkin jumpa sebahagian jawapannya.

58:00.500 --> 58:03.333
Saya baru faham imej di baju awak,
Kreatif betul.

58:03.416 --> 58:07.708
Tapi kamu akan mati
sebelum usaha kamu sempurna sepenuhnya.

58:07.791 --> 58:11.083
Jasad kamu yang tak bernyawa
dah mereput dalam tanah

58:11.166 --> 58:16.166
sementara generasi selepas kamu
akan menyiapkan kerja yang kamu mulakan.

58:16.750 --> 58:18.250
Bak kata orang Rom,

58:18.958 --> 58:22.666
"Berseronoklah. Hidup takkan menunggu."

58:22.750 --> 58:23.583
Guy Lombardo.

58:26.208 --> 58:27.791
Apa?

58:27.875 --> 58:28.958
Guy Lombardo.

58:29.041 --> 58:32.125
Bukan orang Rom
yang cipta mutiara kata itu,

58:32.208 --> 58:35.375
tapi penyanyi bernama Guy Lombardo
bersama kugiran Royal Canadians.

58:35.958 --> 58:37.166
Memang Guy Lombardo,

58:37.250 --> 58:40.875
daripada lagu klasiknya
pada tahun 1949, "Enjoy Yourself".

58:40.958 --> 58:42.333
Tapi lama sebelum itu,

58:42.416 --> 58:45.458
orang Rom yang mengukirnya
pada jam matahari mereka.

58:45.541 --> 58:49.625
Jadi, kita berdua betul.
Tak sangka kamu tahu tentang lagu itu.

58:49.708 --> 58:52.125
Maaf, patutkah saya kenal kamu?

58:52.833 --> 58:54.416
Saya cuma pelajar audit.

58:57.541 --> 58:58.791
Ada soalan lain?

59:01.750 --> 59:04.541
Baiklah, tugasan membaca ada
di laman web saya.

59:04.625 --> 59:06.083
Kita jumpa Selasa nanti.

59:19.958 --> 59:20.958
Adam?

59:23.541 --> 59:24.416
Ayah.

59:25.416 --> 59:26.291
Ayah.

59:27.291 --> 59:28.166
Adam?

59:37.041 --> 59:40.000
Ini hasil pengembaraan masa?

59:43.208 --> 59:45.625
Jadi dia datang dari 2050 dan jumpa kamu.

59:45.708 --> 59:46.541
Ya.

59:46.625 --> 59:48.333
- Berapa usia kamu?
- Dua belas.

59:48.416 --> 59:51.125
- Kenapa kamu perlukan diri versi muda?
- Tak perlu pun.

59:51.208 --> 59:54.250
- Saya diperlukan untuk terbangkan jet.
- Ada jet?

59:54.333 --> 59:57.041
Jet saya. Maksud saya,
pada mulanya, tak perlu.

59:57.125 --> 59:58.500
2022 satu kesilapan.

59:59.166 --> 01:00:01.416
- Kamu yang terbangkan jet itu?
- Ya.

01:00:01.500 --> 01:00:02.625
Yakah?

01:00:02.708 --> 01:00:05.416
- Jaket ayah terlalu sendat untuk kamu.
- Saya dah kata.

01:00:05.500 --> 01:00:07.083
- Taklah.
- Macam kondom berbutang.

01:00:07.166 --> 01:00:09.041
- Seronoknya, awak seronok tak?
- Kondom.

01:00:09.125 --> 01:00:11.000
Kenapa 2022 satu kesilapan?

01:00:11.083 --> 01:00:13.958
- Saya tak patut berada di sana.
- Di sini pun.

01:00:14.041 --> 01:00:16.458
- Yalah.
- Dia ditembak semasa curi jet.

01:00:16.541 --> 01:00:17.916
Janganlah beritahu dia.

01:00:18.000 --> 01:00:19.958
- Kamu curi jet?
- Dia tak perlu tahu.

01:00:20.041 --> 01:00:22.375
Sudah. Tolong diam. Dua-dua sekali.

01:00:22.458 --> 01:00:25.291
Kamu sedarkah
betapa salahnya perbuatan kamu ini?

01:00:25.375 --> 01:00:28.583
Kamu tak patut berada di sini
selain masa kamu sendiri.

01:00:28.666 --> 01:00:32.333
Kenapa ayah fikir kami di sini?
Kerana kurang kasih sayang?

01:00:32.416 --> 01:00:35.208
- Ada sebab saya datang.
- Ayah tak peduli.

01:00:35.291 --> 01:00:37.041
- Dia tak peduli.
- Jangan salah faham.

01:00:37.125 --> 01:00:40.208
Ayah benar-benar gembira
berjumpa dengan kamu,

01:00:40.291 --> 01:00:42.833
tapi kamu perlu pulang
ke tempat asal kamu.

01:00:42.916 --> 01:00:46.416
Kata-kata dan perbuatan kamu
boleh mengakibatkan pencapahan.

01:00:46.500 --> 01:00:47.875
Boleh tak ayah diam?

01:00:47.958 --> 01:00:50.625
- Ayah tak nak…
- Dengar dulu cakap saya.

01:00:50.708 --> 01:00:52.625
Sudahlah dengan fizik itu semua.

01:00:52.708 --> 01:00:53.625
Ayah!

01:00:54.208 --> 01:00:55.208
Ayah tak apa-apa?

01:00:55.291 --> 01:00:56.416
Tak guna betul.

01:00:57.083 --> 01:00:58.500
- Saya tak salah…
- Ayah okey.

01:00:58.583 --> 01:01:01.125
…saya dah minta dia diam dan dengar dulu.

01:01:01.208 --> 01:01:03.708
- Tapi dia degil, jadi…
- Ayah tak apa-apa.

01:01:05.333 --> 01:01:08.333
Padan muka.
Keluarga kita tak tumbuk satu sama lain.

01:01:08.416 --> 01:01:09.416
Itu apa?

01:01:09.500 --> 01:01:11.083
- Itu balasannya.
- Aduh!

01:01:11.166 --> 01:01:13.000
Kenapa kamu jadi teruk begini?

01:01:13.083 --> 01:01:14.791
- Ayah ingat kita rapat.
- Memanglah!

01:01:14.875 --> 01:01:17.750
- Semua itu dah tak penting.
- Ia penting.

01:01:17.833 --> 01:01:19.250
- Ayah.
- Mestilah ia penting.

01:01:19.333 --> 01:01:21.583
Tentu ada langkah keselamatan
dan protokol.

01:01:21.666 --> 01:01:24.375
- Ayah dan Maya mahukan panel etika…
- Ayah.

01:01:24.458 --> 01:01:25.791
…yang pantau semuanya.

01:01:25.875 --> 01:01:27.500
Semua itu tak penting lagi.

01:01:33.583 --> 01:01:34.833
Apa? Ia dah berlaku?

01:01:35.416 --> 01:01:37.416
Ada orang dah ubah masa?

01:01:37.500 --> 01:01:39.291
- Siapa?
- Sorian.

01:01:40.500 --> 01:01:42.166
- Maya?
- Maya.

01:01:42.666 --> 01:01:44.916
Tak mungkin. Dia tahu akibatnya.

01:01:45.000 --> 01:01:47.958
- Dah lama dia biaya kerja ayah.
- Projek Adam.

01:01:48.041 --> 01:01:51.375
Ya, menurut teori ayah,
kuasa denyutan yang cukup kuat

01:01:51.458 --> 01:01:54.458
boleh menghasilkan
lubang cecacing yang berfungsi.

01:01:55.041 --> 01:01:56.958
Kami buat empat minggu lepas.

01:01:57.041 --> 01:02:02.208
Tapi penggunaannya
untuk pengembaraan masa cuma teori saja.

01:02:02.291 --> 01:02:04.875
- Ia teori semata-mata.
- Yalah.

01:02:04.958 --> 01:02:06.916
Okey, mari kita rehat dulu. Ayuh.

01:02:07.000 --> 01:02:10.666
Biar betul!
Ayah pencipta pengembaraan masa?

01:02:12.666 --> 01:02:15.625
- Pandai ayah tumbuk.
- Rasanya tangan ayah patah.

01:02:19.041 --> 01:02:22.083
Maafkan ayah.
Semua ini salah ayah. Ego ayah.

01:02:22.166 --> 01:02:23.250
Keangkuhan ayah.

01:02:23.333 --> 01:02:27.541
Ayah nak sangat jadi orang terhebat,
terpandai dan terulung. Inilah akibatnya.

01:02:27.625 --> 01:02:29.750
- Ia sifat yang keji.
- Ayah tak tahu.

01:02:29.833 --> 01:02:31.416
- Ayah sepatutnya tahu.
- Ya.

01:02:31.500 --> 01:02:35.458
Manusia tak berhak mengubah hukum alam.

01:02:35.541 --> 01:02:37.625
Ia jauh lebih hebat daripada sains.

01:02:37.708 --> 01:02:40.083
Betul. Sekarang, kita akan betulkannya.

01:02:40.166 --> 01:02:42.875
Musnahkan pengembaraan masa
sebelum ia dicipta.

01:02:44.291 --> 01:02:47.125
Perkara yang dah lepas,
sedahsyat mana sekalipun,

01:02:47.208 --> 01:02:50.541
tak patut dan tak boleh dikembalikan
kepada keadaan asal.

01:02:50.625 --> 01:02:54.250
Kita berada dan bercakap begini pun
dah memesongkan masa dan takdir.

01:02:54.333 --> 01:02:57.708
Sorian dah pun buat
dan dia kini menguasai dunia.

01:02:57.791 --> 01:03:01.958
Kamu cakap berdasarkan fakta?
Kamu ada bukti sains yang dia dah buat?

01:03:02.041 --> 01:03:05.125
Tidak, kerana kamu tak mungkin tahu.

01:03:05.208 --> 01:03:08.291
Tapi kehadiran kamu boleh mengakibatkan

01:03:08.375 --> 01:03:11.833
perubahan dahsyat
yang boleh dibuktikan secara statistik.

01:03:11.916 --> 01:03:13.958
- Berhenti.
- Berhenti apa?

01:03:14.041 --> 01:03:16.166
- Cakap macam ahli sains.
- Ayah memang…

01:03:16.250 --> 01:03:17.166
Jadilah bapa.

01:03:19.625 --> 01:03:22.500
Ayah lebih suka alam semesta
daripada anak sendiri.

01:03:22.583 --> 01:03:24.000
- Taklah.
- Ia benar.

01:03:24.083 --> 01:03:26.375
Awak akan sedar apabila dah dewasa.

01:03:26.458 --> 01:03:27.708
Tapi apa boleh buat…

01:03:28.916 --> 01:03:29.833
Benda dah jadi.

01:03:29.916 --> 01:03:31.833
Semuanya dah terlambat. Tak apa.

01:03:31.916 --> 01:03:32.833
Saya okey saja.

01:03:33.583 --> 01:03:34.875
Tapi dia perlukan ayah.

01:03:42.041 --> 01:03:43.708
Apa pula yang kamu perlukan?

01:03:51.541 --> 01:03:53.083
Saya perlu ambil angin.

01:04:07.458 --> 01:04:09.833
Ayah tak boleh berada di sini.
Ayah perlu pergi.

01:04:11.166 --> 01:04:12.875
- Jangan pergi.
- Ayah terpaksa.

01:04:12.958 --> 01:04:15.125
- Tolonglah.
- Ini bukan permainan.

01:04:15.208 --> 01:04:17.916
Permintaannya berbahaya.
Ayah tak sanggup buat.

01:04:24.041 --> 01:04:26.500
Baiklah. Kita akan jumpa lagi.

01:04:31.166 --> 01:04:32.166
Tunggu.

01:04:32.250 --> 01:04:33.083
Ya?

01:04:35.000 --> 01:04:39.041
- Saya perlu beritahu ayah sesuatu.
- Tidak, tak boleh.

01:04:39.125 --> 01:04:40.958
Ayah tak boleh tahu masa depan.

01:04:42.750 --> 01:04:43.708
Maafkan ayah.

01:04:44.333 --> 01:04:47.333
Ayah perlu pulang.
Kamu dan mak sedang menunggu.

01:05:02.416 --> 01:05:03.416
Ya, senator.

01:05:03.500 --> 01:05:06.416
Kestabilan lubang cecacing bukan lagi

01:05:06.500 --> 01:05:07.625
hanya hipotesis

01:05:07.708 --> 01:05:11.916
dan usaha kami sekarang
mendahului statut semasa.

01:05:12.000 --> 01:05:14.083
Jadi tuan boleh sokong program saya

01:05:14.166 --> 01:05:17.875
dan jadi sebahagian daripada masa depan
atau terus ketinggalan.

01:05:17.958 --> 01:05:19.125
Letakkan telefon.

01:05:23.375 --> 01:05:26.625
Apa awak buat di sini?
Awak dah janji takkan kembali.

01:05:26.708 --> 01:05:27.583
Yakah?

01:05:28.875 --> 01:05:30.375
Bila? Saya dah lupa.

01:05:30.458 --> 01:05:33.458
Kali terakhir awak datang,
iaitu dua bulan lepas.

01:05:33.541 --> 01:05:37.541
Waktu itu, ya?
Bagi saya, itu 32 tahun yang lalu.

01:05:37.625 --> 01:05:40.291
Jadi, maaflah
kalau saya tak ingat semuanya.

01:05:40.375 --> 01:05:44.958
- Tapi yang pasti, keadaan dah berubah.
- Awak tak boleh berada di sini.

01:05:45.041 --> 01:05:49.125
Awak pun tahu kesan dahsyat
yang boleh berlaku terhadap aliran masa.

01:05:49.208 --> 01:05:50.833
Aduhai, lurusnya saya dulu.

01:05:50.916 --> 01:05:53.875
- Boleh diam tak?
- Semua permintaan awak.

01:05:53.958 --> 01:05:58.000
Pembelian saham, akaun pesisir,
semua itu tak beretika.

01:05:58.083 --> 01:05:58.958
Ia juga haram.

01:05:59.041 --> 01:06:00.291
Ini bukan permainan.

01:06:00.375 --> 01:06:01.666
Ia berbahaya.

01:06:01.750 --> 01:06:06.000
Kesan alam sekitar daripada syarikat
yang awak suruh saya pilih itu pun

01:06:06.083 --> 01:06:07.458
boleh mengancam dunia.

01:06:07.541 --> 01:06:11.375
Sebenarnya, alam sekitar
memang dah lingkup dari dulu lagi.

01:06:11.958 --> 01:06:14.666
Untuk pengetahuan awak,
awak buat semua itu,

01:06:14.750 --> 01:06:19.916
kerana di sebalik sut murah
dan tocang buruk itu ada saya.

01:06:22.375 --> 01:06:23.375
Saya nak keluar.

01:06:23.875 --> 01:06:24.708
Ke mana?

01:06:26.625 --> 01:06:27.708
Awak ada teman?

01:06:28.500 --> 01:06:31.041
Tak mungkin. Awak terlalu sibuk.

01:06:32.000 --> 01:06:33.708
Awak akan sentiasa sibuk.

01:06:34.750 --> 01:06:37.041
Syarikat ini sajalah teman awak.

01:06:37.125 --> 01:06:38.916
Ia hidup awak.

01:06:39.875 --> 01:06:41.083
Ia keluarga awak.

01:06:42.500 --> 01:06:44.041
Tapi ia peninggalan kita.

01:06:46.750 --> 01:06:50.166
Jika kerajaan merampasnya daripada kita,

01:06:50.250 --> 01:06:52.458
segala yang kita korbankan,

01:06:53.166 --> 01:06:55.333
segala kesunyian yang kita lalui,

01:06:56.791 --> 01:06:58.208
segala kesunyian itu,

01:06:59.458 --> 01:07:00.708
sia-sia saja

01:07:01.500 --> 01:07:02.916
dan saya dah berjaya.

01:07:03.000 --> 01:07:07.708
Saya dah betulkan masa depan
ketika kita sudah dilupai.

01:07:09.458 --> 01:07:11.458
Jadi, kenapa awak pulang?

01:07:12.541 --> 01:07:13.583
Saya pulang

01:07:14.458 --> 01:07:17.791
kerana kita tak dapat kawal
pengembaraan masa jika ia tak wujud

01:07:17.875 --> 01:07:21.208
dan kawan awak, si Adam Reed itu
akan khianati awak.

01:07:21.291 --> 01:07:23.625
Adam? Dia cuma budak kecil.

01:07:24.791 --> 01:07:26.791
Ya, budak kecil itu

01:07:27.375 --> 01:07:30.000
menyusahkan saya apabila dia dewasa.

01:07:31.750 --> 01:07:33.750
Percayalah. Awak tentu mahukannya.

01:07:54.875 --> 01:07:55.750
Apa?

01:07:56.750 --> 01:07:59.458
Awak fikir awak tahu semuanya
kerana lebih tua.

01:07:59.541 --> 01:08:00.875
Tolong berambus, Adam.

01:08:02.125 --> 01:08:04.083
Saya tahu sebab awak membencinya.

01:08:05.916 --> 01:08:06.750
Awak tahu, ya?

01:08:07.333 --> 01:08:10.208
Terangkanlah. Saya tak sabar nak dengar.

01:08:11.125 --> 01:08:14.083
Apa agaknya? Adakah kerana dia narsisistik

01:08:14.166 --> 01:08:18.208
atau kerana sentiasa bekerja
atau mengutamakan kerja daripada anak…

01:08:18.291 --> 01:08:19.541
Kerana dia mati.

01:08:22.291 --> 01:08:23.333
Awak bencikan dia

01:08:24.666 --> 01:08:25.708
kerana dia mati.

01:08:28.875 --> 01:08:31.208
Awak paksa diri awak supaya membencinya

01:08:32.125 --> 01:08:34.333
kerana perasaan benci
tak seperit perasaan rindu.

01:08:34.833 --> 01:08:37.541
Saya ingat beberapa perkara
yang awak dah lupa.

01:08:37.625 --> 01:08:38.666
Yakah?

01:08:39.583 --> 01:08:40.541
Contohnya?

01:08:41.333 --> 01:08:45.166
Dia main tangkap bola dengan kita
hampir setiap malam.

01:08:45.250 --> 01:08:46.208
Tangkap bola.

01:08:46.750 --> 01:08:48.083
Dia pulang selepas kerja.

01:08:48.958 --> 01:08:53.875
Dia kepenatan sementara saya berlatih
lontar bola ke arah jaring latihan.

01:08:53.958 --> 01:08:55.583
Awak ingat lagi jaring itu?

01:08:55.666 --> 01:08:57.333
Mestilah saya ingat.

01:08:57.416 --> 01:09:00.125
Dia beli supaya tak perlu main
dengan saya.

01:09:00.208 --> 01:09:01.083
Tidak.

01:09:03.166 --> 01:09:06.666
Dia beli kerana ia dijual
di pusat beli-belah Altman's.

01:09:08.875 --> 01:09:11.583
Setiap kali kita lalu kedai itu,

01:09:11.666 --> 01:09:14.083
saya selalu minta dia belikannya,

01:09:14.166 --> 01:09:15.625
jadi, dia belilah.

01:09:16.958 --> 01:09:21.333
Setiap kali dia nampak saya bermain,
walau betapa penat sekalipun,

01:09:21.416 --> 01:09:24.541
dia mesti ambil sarung tangannya
dan main dengan saya.

01:09:26.083 --> 01:09:28.625
Nasib malang menimpa kita,

01:09:30.291 --> 01:09:32.541
tapi kita tak pandai menanganinya.

01:09:33.833 --> 01:09:36.000
Perangai kita memang begitu.

01:09:36.083 --> 01:09:37.708
Saya selalu lawan cakap mak

01:09:39.333 --> 01:09:40.375
dan saya rasa…

01:09:43.250 --> 01:09:45.833
perasaan marah tak seperit perasaan sedih

01:09:47.041 --> 01:09:49.375
dan agaknya apabila saya dewasa,

01:09:50.750 --> 01:09:52.833
saya lupa beza antara kedua-duanya.

01:09:58.583 --> 01:10:00.291
Bagaimana awak jadi sepintar ini?

01:10:00.875 --> 01:10:02.875
Bagaimana awak jadi sebodoh ini?

01:10:20.541 --> 01:10:21.791
Jangan harap.

01:10:23.208 --> 01:10:26.625
Adam, bagi Hawking makan
sebelum kamu pergi sekolah.

01:10:28.750 --> 01:10:32.500
Awak masih di sini, dan awak masak.
Apa yang awak masak? Hai.

01:10:32.583 --> 01:10:34.708
Awak suka telur dadar.

01:10:35.458 --> 01:10:38.666
Itu bukan telur dadar.
Itu masakan tak jadi.

01:10:38.750 --> 01:10:41.833
Telur hangit, tapi dagingnya masih mentah.

01:10:41.916 --> 01:10:43.666
Bukan. Itu…

01:10:43.750 --> 01:10:45.833
Kenapa awak masih di sini

01:10:45.916 --> 01:10:47.291
dan tak pergi kerja?

01:10:47.375 --> 01:10:50.625
Saya cuma nak duduk di rumah
dengan awak hari ini.

01:10:51.250 --> 01:10:54.291
Tak sangka. Saya suka lelaki ini.

01:10:54.875 --> 01:10:56.416
Lelaki ini suka awak juga.

01:10:58.041 --> 01:10:59.541
Apa masalahnya, sayang?

01:11:01.875 --> 01:11:04.666
Awak tak rasa Adam nampak sedih?

01:11:05.208 --> 01:11:06.083
Tidak.

01:11:07.708 --> 01:11:10.208
Dia cuma lain macam sikit, macam ayahnya.

01:11:11.458 --> 01:11:13.708
Saya suka kumpul benda pelik-pelik.

01:11:15.166 --> 01:11:17.500
Mungkin saya tak patut bina mainan itu.

01:11:17.583 --> 01:11:20.250
Dia patut main di luar macam budak lain

01:11:20.333 --> 01:11:22.291
supaya dapat cari tempatnya di dunia ini.

01:11:22.375 --> 01:11:23.708
"Tempat di dunia?"

01:11:23.791 --> 01:11:26.166
Dia kecil lagi. Kitalah dunianya.

01:11:26.250 --> 01:11:28.000
Awaklah dunianya.

01:11:29.750 --> 01:11:33.875
Okey, saya tak tahu masalah awak,
tapi saya boleh berterus terang

01:11:34.500 --> 01:11:36.916
atau beritahu sesuatu
yang akan melegakan hati awak.

01:11:37.000 --> 01:11:39.208
Saya lebih suka berterus terang.

01:11:39.291 --> 01:11:43.125
- Saya nak awak legakan hati saya.
- Ya, saya tahu.

01:11:43.625 --> 01:11:45.666
Saya bergurau saja. Tapi tak juga.

01:11:45.750 --> 01:11:47.291
Okey, beritahulah saya.

01:11:47.375 --> 01:11:48.958
Apabila awak bersama kami,

01:11:50.708 --> 01:11:52.041
awak bersama kami sepenuhnya.

01:11:52.791 --> 01:11:54.083
Kami seronok sangat.

01:11:54.708 --> 01:11:57.916
Tapi apabila awak tak bersama kami,
rasanya seperti…

01:11:59.750 --> 01:12:01.916
Adakah dia agak kesunyian?

01:12:02.000 --> 01:12:03.666
Ya, mungkin.

01:12:04.166 --> 01:12:06.208
Tapi itu tak bermakna awak teruk.

01:12:06.291 --> 01:12:07.791
Saya perlu baiki diri.

01:12:07.875 --> 01:12:12.333
Hei, awak perlu sedar sesuatu.
Dia tak perlukan ayah yang sempurna.

01:12:12.416 --> 01:12:14.333
Dia cuma perlukan ayahnya.

01:12:15.208 --> 01:12:18.000
Masakan awak boleh buat orang muntah,

01:12:18.083 --> 01:12:20.333
tapi selain itu, awak agak hebat.

01:12:20.958 --> 01:12:21.958
Ellie.

01:12:23.708 --> 01:12:26.333
- Awak tahu saya cintakan awak.
- Saya tahu.

01:12:26.416 --> 01:12:28.375
Saya menawan hati.

01:12:29.000 --> 01:12:29.958
Ya.

01:12:42.458 --> 01:12:43.791
Saya kena pergi kerja.

01:12:44.291 --> 01:12:45.125
Okey.

01:12:45.625 --> 01:12:47.458
Hei, awak ada banyak masa.

01:12:51.666 --> 01:12:53.333
"Hidup takkan menunggu."

01:13:04.875 --> 01:13:06.375
Betulkah kita mampu buat?

01:13:07.208 --> 01:13:09.416
Mungkin tidak. Kita tengoklah nanti.

01:13:10.125 --> 01:13:11.916
Tapi kita akan cuba juga.

01:13:12.000 --> 01:13:13.916
Bagaimana nak musnahkan pengembaraan masa?

01:13:14.000 --> 01:13:17.250
Ini pemecut elektromagnet terbesar
di dunia.

01:13:17.333 --> 01:13:20.416
Pada 2018, teknologi EM belum stabil.

01:13:20.500 --> 01:13:23.750
Jadi, kita akan meletupkannya.

01:13:23.833 --> 01:13:25.291
- Letupkannya?
- Ya.

01:13:25.375 --> 01:13:28.000
Tak sangka saya sempat dewasa.
Teruknya idea awak.

01:13:28.083 --> 01:13:31.958
Apabila idea teruk saja yang ada,
idea teruk pun boleh jadi bagus.

01:13:32.041 --> 01:13:33.750
- Itu kata-kata siapa?
- Awak.

01:13:33.833 --> 01:13:35.666
Sebelum ditahan semasa besar.

01:13:35.750 --> 01:13:36.875
- Apa?
- Cuba fokus.

01:13:36.958 --> 01:13:40.166
Kita perlu uruskan isu sekuriti.
Awak tahu beg ini?

01:13:40.250 --> 01:13:41.416
Ya.

01:13:42.000 --> 01:13:43.958
Tak rugi jadi gek.

01:13:48.458 --> 01:13:49.541
Awak boleh dengar?

01:13:49.625 --> 01:13:50.875
Ya, Ketua Merah.

01:13:50.958 --> 01:13:53.708
Ini Cawan Comel. 10-4, tamat.

01:13:53.791 --> 01:13:55.833
Kita cakap macam biasa saja, okey?

01:13:55.916 --> 01:13:56.958
Baik,

01:13:57.458 --> 01:13:58.291
Ketua Merah.

01:13:58.875 --> 01:14:00.416
Ada sesuatu yang tak kena.

01:14:01.250 --> 01:14:02.666
Tiada sesiapa di sini.

01:14:02.750 --> 01:14:04.666
Bermakna mereka ada di sini.

01:14:04.750 --> 01:14:06.791
Sorian dah beritahu diri mudanya
tentang kita.

01:14:06.875 --> 01:14:07.833
Awak pasti?

01:14:10.125 --> 01:14:12.666
Ya, rasanya.

01:14:14.416 --> 01:14:15.958
Jangan bergerak. Melutut.

01:14:16.041 --> 01:14:16.875
Maaf. Apa?

01:14:16.958 --> 01:14:19.333
Kami nak bawa awak pulang ke 2050, Reed.

01:14:19.416 --> 01:14:23.125
Saya tak dengar. Pelindung kepala itu
buat suara awak tak jelas.

01:14:23.208 --> 01:14:25.666
Tapi sut awak memang mengagumkan.

01:14:25.750 --> 01:14:28.625
Nampak menakutkan,
tapi seperti minta dikasihani.

01:14:28.708 --> 01:14:30.958
Melutut. Saya takkan ulang.

01:14:31.041 --> 01:14:33.083
Ya, saya pasti.

01:14:33.166 --> 01:14:36.333
Adam, apa awak buat?
Mereka dah nak belasah saya.

01:14:36.416 --> 01:14:38.208
Jangan risau. Dia tak nak bergaduh.

01:14:38.291 --> 01:14:40.541
Mereka betul-betul nak cari gaduh.

01:14:40.625 --> 01:14:42.750
Pandang matanya dan senyum

01:14:42.833 --> 01:14:44.958
sambil seolah-olah berkata, "Mari.

01:14:45.875 --> 01:14:48.041
Inilah detik yang saya nantikan."

01:14:48.125 --> 01:14:50.291
Kemudian, tumbuk bahagian sulitnya.

01:14:50.375 --> 01:14:51.916
- Adam!
- Baik.

01:14:56.750 --> 01:14:57.958
Ya!

01:15:16.041 --> 01:15:18.250
Adam, boleh uruskan kereta itu?

01:15:18.333 --> 01:15:19.833
Baik, Adam dewasa.

01:15:25.791 --> 01:15:27.000
Selamat tinggal.

01:15:31.458 --> 01:15:32.583
Adam!

01:15:41.875 --> 01:15:43.000
Seronoknya!

01:15:44.166 --> 01:15:45.125
- Ayah?
- Ayah?

01:15:45.208 --> 01:15:47.166
- Maaf. Kamu okey?
- Sikit lagi!

01:15:47.250 --> 01:15:48.625
- Hebat betul.
- Sikit lagi!

01:15:48.708 --> 01:15:50.500
- Mana Adam kecil?
- Dia selamat!

01:15:50.583 --> 01:15:53.125
- Hei! Itu kereta mak kamu.
- Hei?

01:15:54.458 --> 01:15:55.708
Kereta ini?

01:15:56.916 --> 01:15:58.166
Kenapa ayah di sini?

01:15:58.250 --> 01:16:02.666
Kamu tak ada di hotel,
jadi ayah fikir kamu tentu di sini.

01:16:02.750 --> 01:16:05.416
Kamu pun bukannya
cuba menyembunyikan diri.

01:16:05.500 --> 01:16:06.500
Apa dah jadi?

01:16:06.583 --> 01:16:10.666
Macam inilah. Ayah rancanglah sesuatu
dan kami akan ikut. Setuju?

01:16:10.750 --> 01:16:12.791
Syukurlah kita ada rancangan.

01:16:12.875 --> 01:16:15.958
Ayah ingat kamu cuma rancang ikut keadaan.

01:16:16.041 --> 01:16:17.291
Adam, saya nak masuk.

01:16:17.375 --> 01:16:20.291
- Pantau kawasan. Jangan biar orang masuk.
- Maaf. Ayah terkasar.

01:16:20.375 --> 01:16:21.500
Beres, bos.

01:16:21.583 --> 01:16:23.916
Terkasar? Ayah cium buntut saya
dengan Subaru.

01:16:24.000 --> 01:16:26.750
Ayah selamatkan kamu dengan Subaru.

01:16:26.833 --> 01:16:27.916
Apa ayah buat?

01:16:28.000 --> 01:16:30.375
- Ayah kondem orang. Macam biasa.
- Ayah…

01:16:30.458 --> 01:16:34.416
Kamu nak pecah masuk bangunan
yang dikawal ketat dengan budak kecil.

01:16:34.500 --> 01:16:37.375
Ayah tak kondem. Ayah cakap saja.

01:16:37.458 --> 01:16:39.625
Boleh tak kamu berhenti? Berhenti.

01:16:40.291 --> 01:16:41.291
Kamu nak ke mana?

01:16:41.375 --> 01:16:43.708
Saya nak musnahkan pemecut itu
dengan senang hati.

01:16:43.791 --> 01:16:45.916
Kamu sedarkah perbuatan kamu salah?

01:16:46.000 --> 01:16:49.708
Kamu langgar semua batas yang ada
seolah-olah ia tak wujud.

01:16:49.791 --> 01:16:52.125
Tapi kenapa ayah datang?

01:16:55.583 --> 01:16:57.833
Kerana kamu tak mampu buat tanpa ayah.

01:17:01.916 --> 01:17:04.291
Sesetengah orang mengimpikan masa depan.

01:17:05.041 --> 01:17:08.458
Di Sorian Technologies,
kami bina masa depan.

01:17:08.541 --> 01:17:11.625
Kalau pemecut itu musnah,
Sorian akan bina semula.

01:17:11.708 --> 01:17:12.750
Jadi, bagaimana?

01:17:12.833 --> 01:17:14.458
Kita perlu musnahkan ISPCA.

01:17:14.541 --> 01:17:16.875
Algoritma Terkandung Plasma
yang Berubah Tanpa Henti

01:17:16.958 --> 01:17:19.041
untuk menstabilkan lubang cecacing.

01:17:19.125 --> 01:17:22.541
Ia persamaan matematik
yang memungkinkan pengembaraan masa.

01:17:22.625 --> 01:17:24.250
Bagaimana nak musnahkan matematik?

01:17:24.333 --> 01:17:28.708
Ayah tak pernah tulis formula itu
atau tunjukkan kepada sesiapa,

01:17:28.791 --> 01:17:30.708
jadi ayah simpan dalam otak

01:17:30.791 --> 01:17:34.416
dan dalam pemproses neuromorfik
sekeras berlian di bawah.

01:17:34.500 --> 01:17:36.541
Maksud ayah, kemaluan ayah?

01:17:36.625 --> 01:17:38.291
Kamu boleh tak serius sikit?

01:17:38.375 --> 01:17:39.833
Boleh. Tak boleh. Boleh.

01:17:39.916 --> 01:17:41.375
Ia pemacu keras, okey?

01:17:41.875 --> 01:17:43.500
- Tak matang betul.
- Maaf.

01:17:43.583 --> 01:17:46.666
Ia pemacu keras kristal yang melaksanakan
algoritma itu berulang kali

01:17:46.750 --> 01:17:49.125
dan merupakan pusat saraf pemecut ini.

01:17:49.208 --> 01:17:52.875
Jadi, kalau ia dimusnahkan,
pengembaraan masa takkan dicipta.

01:17:52.958 --> 01:17:54.708
Dari segi teorinya, pengemba…

01:17:54.791 --> 01:17:57.333
Aduh, teori tak habis-habis.

01:17:57.416 --> 01:17:59.666
- Ya, jom kita buat.
- Bagus. Ayuh.

01:17:59.750 --> 01:18:01.833
- Okey.
- Okey.

01:18:09.250 --> 01:18:11.583
- Ini tempat kerja ayah.
- Ya.

01:18:11.666 --> 01:18:14.041
Selepas 44 tahun,
baru ayah bawa saya ke sini.

01:18:15.125 --> 01:18:16.000
Maaf.

01:18:23.750 --> 01:18:25.916
Benda ini milik saya sekarang.

01:18:52.250 --> 01:18:54.375
- Inikah bendanya?
- Inilah bendanya.

01:19:01.000 --> 01:19:02.708
Saya kagum.

01:19:02.791 --> 01:19:04.375
Ayah tak cakap kosong.

01:19:05.375 --> 01:19:07.791
Di sinilah kami letak pemacu keras itu.

01:19:07.875 --> 01:19:10.250
- Apa jadi jika ayah keluarkannya?
- Dua perkara.

01:19:10.333 --> 01:19:13.125
Pertama, pemecut itu
akan berjalan tanpa henti.

01:19:13.208 --> 01:19:16.833
Tapi tanpa algoritma itu,
ia takkan dapat diprogram semula.

01:19:18.125 --> 01:19:18.958
Perkara kedua?

01:19:19.041 --> 01:19:25.000
Malapetaka yang akan memusnahkan
semua makhluk dalam jarak 160 kilometer.

01:19:26.500 --> 01:19:28.208
Semoga perkara pertama yang berlaku.

01:19:34.541 --> 01:19:37.208
Panel pemacu keras neuromorfik diakses.

01:19:43.208 --> 01:19:44.083
Lantaklah.

01:19:48.291 --> 01:19:49.916
Louis.

01:19:50.000 --> 01:19:50.958
Maya?

01:19:51.041 --> 01:19:52.541
Dah lama kita tak jumpa.

01:19:52.625 --> 01:19:56.125
Sekarang, keadaan akan jadi makin pelik.

01:19:56.208 --> 01:20:00.541
Awak nak curi benda itu
dan musnahkan segala usaha kita?

01:20:00.625 --> 01:20:03.333
Projek kita perlu
berlandaskan nilai moral.

01:20:03.416 --> 01:20:05.791
- Kita nak ubah dunia.
- Ubah dunia?

01:20:05.875 --> 01:20:08.666
Awak saja yang berubah. Awak dah gila?

01:20:08.750 --> 01:20:11.541
Saya biaya projek awak selama ini.

01:20:11.625 --> 01:20:14.125
Saya tak jahat.
Saya habiskan berjuta-juta…

01:20:14.208 --> 01:20:19.833
Beratus-ratus juta dolar wang saya
untuk memuaskan minat awak.

01:20:19.916 --> 01:20:21.250
Tapi ini…

01:20:22.416 --> 01:20:27.708
Ia hak saya untuk saya guna sesuka hati.

01:20:27.791 --> 01:20:28.750
Sekarang,

01:20:29.625 --> 01:20:30.666
Adam,

01:20:31.791 --> 01:20:34.583
serahkan pemacu itu kepada saya.

01:20:38.500 --> 01:20:39.333
Tidak.

01:20:39.916 --> 01:20:43.208
- Tak boleh.
- Saya dah agak awak akan melawan.

01:20:53.416 --> 01:20:54.291
Mari sini.

01:20:55.125 --> 01:20:56.375
Bagi saya pistol itu.

01:20:58.000 --> 01:20:59.666
Maya, awak biar betul.

01:20:59.750 --> 01:21:01.500
Apa awak buat? Awak dah gila?

01:21:01.583 --> 01:21:03.041
Rasanya itu dah jelas.

01:21:03.125 --> 01:21:04.666
Adam, dengarlah cakapnya.

01:21:04.750 --> 01:21:06.583
Tak apa. Jangan risau.

01:21:07.375 --> 01:21:10.208
Adam akan serahkan pemacu itu sekarang.

01:21:15.250 --> 01:21:16.250
Bukan begitu?

01:21:16.875 --> 01:21:19.083
- Adam?
- Adam?

01:21:19.166 --> 01:21:20.583
Hei, mamat sado,

01:21:20.666 --> 01:21:23.291
kalau saya tembak dia,
awak juga akan mati.

01:21:23.916 --> 01:21:24.791
Adam?

01:21:24.875 --> 01:21:28.208
- Saya sedang mempertimbangkannya.
- Apa awak merepek?

01:21:28.291 --> 01:21:29.833
Ya, ia masalah rumit.

01:21:29.916 --> 01:21:32.083
- Nak fikir apa lagi?
- Ia keputusan penting!

01:21:32.166 --> 01:21:34.083
- Tidak.
- Saya perlu fikir dulu!

01:21:34.166 --> 01:21:35.708
Saya akan kena tembak!

01:21:35.791 --> 01:21:37.833
- Serahkan pemacu itu!
- Buatlah!

01:21:37.916 --> 01:21:39.583
- Bagi sajalah!
- Bagi cepat!

01:21:45.250 --> 01:21:48.250
Pelindung elektromagnet terjejas.

01:22:19.083 --> 01:22:21.000
Memulakan protokol kecemasan.

01:22:22.208 --> 01:22:23.375
Mari sini.

01:22:23.458 --> 01:22:24.791
- Ayah!
- Adam!

01:22:26.083 --> 01:22:26.916
Aduh!

01:22:28.250 --> 01:22:30.708
- Lepaskan saya!
- Adam, tunggu!

01:22:30.791 --> 01:22:33.541
- Lepaskan saya!
- Rampas pemacu! Sekarang!

01:22:38.958 --> 01:22:40.250
Akses dilarang.

01:22:40.333 --> 01:22:42.208
Lepaskan saya! Ayah!

01:22:42.291 --> 01:22:43.208
Ikut arah ini!

01:22:49.791 --> 01:22:51.791
KEUTUHAN TERAS

01:23:07.166 --> 01:23:08.208
PINTASAN MANUAL

01:23:51.958 --> 01:23:53.250
Ya.

01:24:02.833 --> 01:24:04.625
- Dapatkan pemacu!
- Pemacu!

01:24:07.083 --> 01:24:08.666
Pendaratan adiwira.

01:24:09.666 --> 01:24:12.791
Awak pernah dibelasah
nerda 12 tahun yang semput?

01:24:14.458 --> 01:24:16.458
- Kalau jantan, cubalah lawan.
- Jangan.

01:24:18.250 --> 01:24:19.458
Tidak!

01:24:30.125 --> 01:24:31.750
Bunuh dia!

01:24:40.166 --> 01:24:41.000
Ayuh!

01:24:59.833 --> 01:25:00.750
Christos!

01:25:01.333 --> 01:25:02.458
Teras terjejas.

01:25:02.541 --> 01:25:05.041
Kestabilan reaktor terjejas.

01:25:05.125 --> 01:25:06.500
Mulakan pemindahan.

01:25:09.041 --> 01:25:11.708
Penutupan penuh dalam masa dua minit.

01:25:11.791 --> 01:25:13.875
Kita perlu keluar. Ayuh.

01:25:14.958 --> 01:25:16.416
Ayah gagal matikannya!

01:25:17.083 --> 01:25:18.000
Berhenti!

01:25:20.333 --> 01:25:21.833
Saya nak pemacu saya.

01:25:21.916 --> 01:25:23.166
Tak boleh.

01:25:23.250 --> 01:25:26.041
- Tembak dia cepat.
- Berdiri di belakang ayah.

01:25:26.125 --> 01:25:28.875
Ayah, peluru pistol itu
boleh tembus perisai.

01:25:28.958 --> 01:25:31.375
Jadi, kami tetap akan mati
walaupun di sini.

01:25:31.458 --> 01:25:33.541
- Terima kasih atas maklumat itu.
- Sama-sama.

01:25:33.625 --> 01:25:35.708
- Jarakkanlah diri sikit.
- Okey.

01:25:35.791 --> 01:25:38.250
Maya, awak bukan pembunuh.

01:25:38.333 --> 01:25:39.500
Belum lagi.

01:25:40.250 --> 01:25:41.250
Dengar sini.

01:25:41.333 --> 01:25:46.791
Segala usaha kita sia-sia
kalau awak tak tarik picu itu.

01:25:46.875 --> 01:25:48.208
Okey, mari.

01:25:48.291 --> 01:25:50.958
Satu minit 30 saat
sebelum penutupan penuh.

01:25:51.041 --> 01:25:52.666
Awak boleh tembak.

01:25:53.250 --> 01:25:54.166
Tembaklah!

01:25:54.250 --> 01:25:56.250
Maya, awak tak jahat.

01:25:59.875 --> 01:26:02.458
Maaf, Louis, awaklah punca semua ini.

01:26:02.541 --> 01:26:03.833
Mungkin.

01:26:05.666 --> 01:26:07.166
Awak ingat saya bergurau?

01:26:08.291 --> 01:26:10.041
Cuba tanya anak awak.

01:26:11.458 --> 01:26:14.125
Saya bunuh isteri dia dua kali

01:26:14.208 --> 01:26:17.375
hanya untuk melindungi
keutuhan program saya.

01:26:17.458 --> 01:26:21.333
Jadi, jangan fikir
saya tak sanggup tembak awak.

01:26:22.416 --> 01:26:23.958
Serahkannya kepada saya!

01:26:24.041 --> 01:26:25.208
Tidak.

01:26:25.291 --> 01:26:27.375
Satu minit sebelum penutupan penuh.

01:26:28.166 --> 01:26:32.500
Awak tak pernah nampak kepentingannya.

01:26:58.333 --> 01:27:00.416
Awak pula tak pernah faham sains.

01:27:05.166 --> 01:27:07.166
Kenapa ayah pasti ia akan berjaya?

01:27:07.666 --> 01:27:11.708
Peluru yang boleh tembus perisai
mengandungi teras keluli bermagnet.

01:27:12.583 --> 01:27:15.291
Kadangkala, tak rugi jadi nerda.

01:27:18.666 --> 01:27:20.708
Protokol pembendungan dimulakan.

01:27:23.000 --> 01:27:24.791
Masa tinggal sepuluh saat.

01:27:24.875 --> 01:27:26.375
- Jom kita cabut.
- Ya.

01:27:27.041 --> 01:27:28.000
Sembilan.

01:27:28.958 --> 01:27:30.166
Lapan.

01:27:30.250 --> 01:27:31.333
Awas!

01:27:31.416 --> 01:27:32.333
Tujuh.

01:27:33.166 --> 01:27:34.333
Enam.

01:27:35.833 --> 01:27:37.916
Lima. Empat.

01:27:38.000 --> 01:27:38.833
Tiga.

01:27:40.000 --> 01:27:43.625
Alamak!

01:27:44.500 --> 01:27:45.458
Satu.

01:27:51.625 --> 01:27:54.916
Nampaknya Hari Terbuka
tempat kerja ayah sangat berjaya.

01:27:55.000 --> 01:27:55.916
Ya.

01:28:01.833 --> 01:28:04.416
- Ayah tengok apa?
- Kamu masih di sini.

01:28:04.500 --> 01:28:09.083
Selepas pengembaraan masa dah musnah,
ayah ingat kamu akan pulang.

01:28:09.166 --> 01:28:13.375
Mungkin 30 tahun perlukan masa
untuk dibetulkan.

01:28:13.458 --> 01:28:15.083
Masa kita dah tak lama.

01:28:16.375 --> 01:28:18.333
Saya boleh rasakan sesuatu.

01:28:18.416 --> 01:28:19.458
Saya pun.

01:28:28.083 --> 01:28:29.875
Betulkah kami boleh masuk?

01:28:29.958 --> 01:28:32.958
Ya. Mak bawa kamu ke kelab Sains
setiap hari Khamis.

01:28:34.375 --> 01:28:36.083
Ayah.

01:28:38.291 --> 01:28:41.416
- Kami perlu beritahu ayah sesuatu.
- Ayah dah tahu.

01:28:42.583 --> 01:28:44.583
Ayah tahu pada saat kita berjumpa.

01:28:45.833 --> 01:28:47.625
Maafkan ayah.

01:28:49.750 --> 01:28:53.250
Maafkan ayah kerana tiada
di sisi kamu pada masa depan.

01:28:53.333 --> 01:28:54.958
Ayah dah fikir masak-masak,

01:28:55.041 --> 01:28:58.583
tapi kamu tak boleh beritahu ayah
cara dan waktu ia berlaku.

01:28:59.083 --> 01:29:03.291
Kamu kembali kerana manusia tak patut
ubah masa depan, termasuklah kita.

01:29:03.375 --> 01:29:05.291
- Ia masa depan ayah.
- Tidak.

01:29:06.458 --> 01:29:07.708
Kamu masa depan ayah.

01:29:08.458 --> 01:29:09.625
Kamu berdua.

01:29:10.833 --> 01:29:12.833
Ayah amat bertuah

01:29:14.166 --> 01:29:15.791
kerana dapat melihatnya.

01:29:19.041 --> 01:29:22.583
Ayah tiada di sisi kamu
dan ayah minta maaf.

01:29:23.208 --> 01:29:25.541
Tapi ayah lihat awak dilahirkan

01:29:25.625 --> 01:29:27.833
dan mengambil nafas pertama.

01:29:28.416 --> 01:29:31.750
Sejak saat itu,
hidup ayah berubah sepenuhnya.

01:29:32.791 --> 01:29:37.208
Kamu anak ayah, Adam,
dan ayah sayang kamu.

01:29:38.166 --> 01:29:40.208
Kamu buah hati kesayangan ayah.

01:29:40.291 --> 01:29:42.250
Okey, ayah tak perlu…

01:29:42.333 --> 01:29:45.541
Ayah sayang kamu
sejak detik pertama ayah melihat kamu

01:29:45.625 --> 01:29:47.000
hingga ke hujung hayat.

01:29:47.083 --> 01:29:47.958
Saya tahu.

01:29:48.041 --> 01:29:50.750
- Adam, kamu anak ayah.
- Ayah? Kita tak perlu…

01:29:50.833 --> 01:29:52.666
- Kamu hebat.
- Okey.

01:29:52.750 --> 01:29:53.833
Ayah sayang kamu.

01:29:53.916 --> 01:29:55.833
- Saya tahu.
- Mungkin tidak.

01:29:55.916 --> 01:29:58.125
- Ayah bangga dengan kamu.
- Okey.

01:29:58.208 --> 01:29:59.958
Ayah sayang kamu, nak.

01:30:00.625 --> 01:30:04.166
Tolong faham hakikat itu. Mari sini.

01:30:05.625 --> 01:30:09.750
Kamu anak-anak ayah selama-lamanya.

01:30:09.833 --> 01:30:11.416
Sepanjang masa.

01:30:12.916 --> 01:30:13.958
Saya sayang ayah.

01:30:14.041 --> 01:30:15.666
Ayah sayang kamu.

01:30:17.500 --> 01:30:19.833
Lepaskan beban perasaan ini.

01:30:26.708 --> 01:30:27.916
Saya perlukan ayah.

01:30:29.666 --> 01:30:31.208
Susahnya hidup tanpa ayah.

01:30:33.291 --> 01:30:34.166
Ayah tahu.

01:30:34.958 --> 01:30:36.416
Kamu boleh menanganinya.

01:30:37.333 --> 01:30:39.875
- Malah lebih daripada itu.
- Ayah tak tahu.

01:30:40.958 --> 01:30:42.500
Ayah tak tahu?

01:30:42.583 --> 01:30:44.041
Tengoklah lelaki ini.

01:30:50.750 --> 01:30:52.625
Tentu kita boleh buat sesuatu.

01:30:52.708 --> 01:30:54.500
Ayah ada idea.

01:30:58.708 --> 01:31:00.166
Betulkah ayah nak main?

01:31:03.958 --> 01:31:06.375
Baiklah.

01:31:07.250 --> 01:31:08.625
Awak boleh tolong saya?

01:31:09.500 --> 01:31:11.708
Kita mungkin tak ingat semua ini,

01:31:11.791 --> 01:31:15.500
tapi mungkin akan ada gema
seperti yang Laura ceritakan itu.

01:31:15.583 --> 01:31:16.833
Tapi apa-apa pun,

01:31:19.500 --> 01:31:22.708
tolong peluk mak untuk saya, boleh?

01:31:23.541 --> 01:31:26.208
Bukan peluk macam awak kena paksa,

01:31:26.291 --> 01:31:28.500
tapi peluk dengan bersungguh-sungguh.

01:31:29.083 --> 01:31:30.208
Boleh.

01:31:30.833 --> 01:31:31.875
Tak sangka.

01:31:32.375 --> 01:31:33.208
Apa?

01:31:34.750 --> 01:31:39.250
Selama 30 tahun, saya cuba padamkan
pengalaman saya sebagai awak.

01:31:41.166 --> 01:31:42.833
Tapi rupa-rupanya,

01:31:44.250 --> 01:31:47.666
walaupun saya malu nak mengaku,
awaklah versi terbaik saya.

01:31:48.958 --> 01:31:51.833
- Awak nak bakar pisang atau…
- Jom kita main!

01:33:06.583 --> 01:33:07.500
Hei, sayang.

01:33:08.125 --> 01:33:09.500
Bukankah sekarang waktu kerja?

01:33:09.583 --> 01:33:11.708
Ya. Mak perlu bayar insurans rumah.

01:33:11.791 --> 01:33:14.500
Mak dah catat dalam kalendar,
tapi penyatanya hilang.

01:33:14.583 --> 01:33:17.166
Dengan cara mak simpan dokumen?
Mengejutkan.

01:33:17.250 --> 01:33:19.791
- Mengejutkan.
- Simpanlah dalam talian.

01:33:19.875 --> 01:33:22.958
Ayah kamu pun buat begini.
Ambil satu longgok.

01:33:23.041 --> 01:33:25.666
- Saya nak pergi sekolah.
- Alamak, betullah.

01:33:25.750 --> 01:33:27.708
Okey. Selamat bersekolah, sayang.

01:33:41.291 --> 01:33:42.291
Adam.

01:33:43.250 --> 01:33:44.166
Ya?

01:33:45.791 --> 01:33:48.458
Mak cuma nak pastikan
yang mak bukan dirompak.

01:33:49.000 --> 01:33:50.333
Mungkin saya perompak.

01:33:53.875 --> 01:33:55.583
Mari sini!

01:34:02.000 --> 01:34:03.083
Mak sayang kamu.

01:34:03.625 --> 01:34:04.708
Saya sayang mak.

01:34:07.250 --> 01:34:08.625
Seperti kata saya tadi,

01:34:08.708 --> 01:34:13.000
kita perlu mendapatkan
kebolehubahan daya graviti

01:34:13.083 --> 01:34:16.250
yang bergantung sepenuhnya
pada arah gerakan

01:34:16.333 --> 01:34:19.375
yang mungkin menuju atau menjauhi Bumi.

01:34:19.458 --> 01:34:23.041
Mari kita takrifkan
daya graviti satu objek di Bumi

01:34:23.125 --> 01:34:25.458
menurut formula graviti Newton.

01:34:25.958 --> 01:34:30.083
F bersamaan G besar
yang mewakili nilai graviti yang malar.

01:34:44.708 --> 01:34:46.333
Pensyarah ini hebat.

01:34:47.333 --> 01:34:51.125
Dia dah bercakap selama 15 minit
dan buat semua pelajar tertidur.

01:34:52.583 --> 01:34:54.750
- Awak tak tidur pun.
- Tidak.

01:34:54.833 --> 01:34:59.375
Saya dah latih diri saya
supaya tidur dengan mata terbuka.

01:34:59.458 --> 01:35:00.416
Tengoklah.

01:35:04.541 --> 01:35:06.208
Awak biar betul?

01:35:08.916 --> 01:35:11.750
- Hebat, bukan?
- Ya, hebat gila.

01:35:12.375 --> 01:35:14.375
Saya Adam. Adam Reed.

01:35:15.041 --> 01:35:16.083
Laura Shane.

01:35:16.166 --> 01:35:18.208
- Selamat berkenalan.
- Selamat berkenalan.

01:35:18.708 --> 01:35:21.958
- Saya akan diam sekarang.
- Okey.

01:35:22.041 --> 01:35:25.583
Pensyarah jemputan begini
selalunya pelik-pelik, bukan?

01:35:26.625 --> 01:35:30.333
Seolah-olah mereka dihasilkan
untuk membosankan kita.

01:35:30.416 --> 01:35:32.375
Awak pensyarah jemputan, bukan?

01:35:33.416 --> 01:35:35.625
- Ya, betul.
- Alamak.

01:35:35.708 --> 01:35:36.666
Apa bidang awak?

01:35:37.500 --> 01:35:39.000
Linguistik pengiraan.

01:35:39.083 --> 01:35:40.083
- Biar betul!
- Betul.

01:35:40.166 --> 01:35:41.541
Saya tak tahu maknanya.

01:35:43.041 --> 01:35:46.375
- Apa kaitannya dengan penerbangan?
- Tiada kaitan pun.

01:35:47.375 --> 01:35:48.208
Ya.

01:35:49.583 --> 01:35:51.416
Rasanya awak silap kelas.

01:35:51.500 --> 01:35:55.291
- Bergantung. Ini Schaefer 309.
- Sah awak silap. Ini Farrel 309.

01:35:55.375 --> 01:35:58.083
- Tak mungkin.
- Betul.

01:35:59.000 --> 01:36:01.166
- Okey.
- Ya.

01:36:01.250 --> 01:36:03.250
- Saya dah agak.
- Okey. Baiklah.

01:36:03.333 --> 01:36:04.833
- Okey.
- Betullah. Ya.

01:36:04.916 --> 01:36:06.750
Saya juga dah salah bangunan.

01:36:06.833 --> 01:36:09.083
Sebenarnya, kampus pun salah.

01:36:10.958 --> 01:36:11.916
Saya dah sesat.

01:36:13.166 --> 01:36:15.625
Awak dah tak sesat. Saya dah jumpa awak.

01:36:24.041 --> 01:36:26.208
Saya boleh hantar awak ke Schaefer.

01:36:27.041 --> 01:36:30.666
Betulkah? Saya tak mahu ganggu awak tidur.

01:36:33.250 --> 01:36:34.125
Saya ada…

01:36:35.333 --> 01:36:36.583
Saya ada banyak masa.

01:36:39.500 --> 01:36:40.541
Lagipun…

01:36:45.416 --> 01:36:46.333
Okey.

01:36:46.416 --> 01:36:47.375
Okey.

01:43:58.958 --> 01:44:03.958
Terjemahan sari kata oleh
Noorsalwati Nordin
